• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for final mentor millenia 2019

final mentor millenia 2019

Final Mentor Final 2019

Zik · Dec 15, 2019 · Leave a Comment

mentor millenia,

Penentuan siapakah yang akan bergelar juara dalam mentor millenia 2019 akan terjawab pada malam ini. Bukan hadiah yang dicari atau kemenangan yang dicari sebenarnya. Ia berkaitan dengan survival peserta semua ini selepasa mentor , semua peserta akan membawa haluan masing-masing. Tak semua protege yang bergelar juara akan bergelar anak seni dan terus bertahan dalam dunia seni yang semakin mencabar sekarang ini. Kalau tak kerana kontroversi , atau kerana bakat itu sendiri sahaja yang akan menaikkan mereka ke dalam dunia ini.

Konsert separuh akhir itu menyaksikan empat protoge iaitu Aedy Kama, Daus Husny, Apex Tajudin dan Rika Riana berentap di pentas final program realiti itu pada Ahad depan.

Mereka masing-masing protege kepada mentor Black Hanifah, Ernie Zakri, Hazama dan Stacy Anam.

Minggu terakhir, finalis perlu melakukan dua persembahan iaitu solo dan duet bersama mentor mereka.

Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 berserta trofi. Pemenang juga berpeluang menghasilkan lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama tanah air lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.

Selain itu, pemenang akan diberi waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah mereka sepanjang menjayakan Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3.

Program Mentor Milenia 2019 diacarakan Shuk Sahar dan Elly Mazlein serta diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet.

Juri Mentor Milenia 2019 iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Altimet tidak menyangka dengan pengumuman protege mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Empat protege yang terpilih iaitu  Aedy Kama, Daus Husny, Apex Tajudin dan Rika Riana berentap di pentas final program realiti itu pada Ahad depan.

Ketika sidang media, Syafinaz dan Altimet sepakat menyebut protege untuk Mentor Hazama, Arayn Malek sepatutnya menjadi salah satu peserta yang layak ke peringkat akhir.

Walaubagaimanapun, kedua-dua juri terpaksa akur formula pengiraan markah persembahan peserta iaitu 60 peratus dari juri, manakala baki 40 peratus ditentukan undian awam.

Dalam sisi lain, nampaknya ramalan penonton bahawa 5 orang protege mewakili setiap Mentor ke peringkat akhir tidak menjadi kenyataan. Akim terpaksa melepaskan protege terakhirnya iaitu Sharee Lopes.

Menurut Penerbit Eksekutif Mentor Milenia 2019, Muhamad Sufian Isa menjelaskan sejak awal lagi pihak produksi sudah menetapkan hanya empat protege layak mara ke peringkat akhir walaupun ada lima mentor.

“Konsep Mentor adalah untuk memberikan tempat kepada para protege yang terbaik untuk peringkat akhir, tidak kira siapa mentor mereka. Pemilihan empat yang terbaik dibuat melalui juri dan juga undian awam, dan memang untuk tahun ini kami mengambil keputusan untuk mengambil empat finalis disebabkan beberapa faktor seperti durasi.

“Jika kami ambil seorang protege dari setiap mentor, ia seolah-olah kami sudah rancang pertandingan ini dan akan timbul perasaan tidak puas hati,” kata Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia.

“Kami terbuka jika dua protege dari mentor yang sama dapat melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi kami turut pemilihan pihak juri dan undian awam. Minggu terakhir, para finalis perlu melakukan dua persembahan; solo dan duet bersama mentor mereka. Tahniah kepada para finalis Mentor Milenia 2019 dan kami harap semua dapat berikan persembahan mereka yang terbaik untuk musim ini.” tambah Muhamad Sufian Isa.

Yang pastinya, pada konsert akhir nanti, para peserta akan melakukan persembahan yang lebih hebat, lagi-lagi mereka bakal melakukan berduet bersama mentor mereka iaitu Black Hanifah, Ernie Zakri, Hazama dan Stacy Anam.

https://www.youtube.com/watch?v=ed21de_y7ks

 

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Personal Uncategorized

Zikrihusaini in progress

Sorry to all … zikrihusaini.com in progress. Will find the previous post.…

LIGA SUPER Sukan

Video gol highlights Kuala Lumpur 4-1 pknp liga super 26.5.2019

KUALA LUMPUR: PKNP FC terus kemarau kemenangan dalam lapan perlawanan berturut-t…

Sukan

Live streaming manchester united vs manchester city 10.12.2017

Perlawanan yang sangat penting malam ini. Sekiranya manchester united berjaya me…