KUALA LUMPUR, 13 Jun – Platform media sosial milik Meta, Facebook, dilaporkan mengalami gangguan besar-besaran apabila jutaan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatannya.
Menurut data yang dikumpulkan oleh laman pemantau gangguan dalam talian, Downdetector, lebih 300,000 laporan gangguan diterima melibatkan Facebook dalam tempoh singkat. Pada masa yang sama, Instagram yang turut dimiliki oleh Meta merekodkan lebih 20,000 laporan gangguan daripada pengguna.
Gangguan tersebut dilaporkan berlaku di pelbagai negara, menjadikannya antara insiden terbesar yang pernah menjejaskan rangkaian platform media sosial Meta. [Read more…] about Facebook Alami Gangguan Global, Jutaan Pengguna Tidak Dapat Akses Akaun
