Assalamualaikum dan sejahtera. Daku harap anda semua dihat sejahtera.
Kita sedia maklum, berhutang bukan suatu jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Namun, dikala keadaan yang terdesak dan tiada bantuan dari sesiapa, menyebabkan kita berhutang. Saya pun berhutang juga.Sekiranya kita meninggal dunia, maka kalau kita masih dalam keadaan berhutang, maka roh kita akan dalam keadaan terumbang-ambing. Maksudnya disini ialah dalam keadaan 50-50, walaupun kita mati syahid.
Berikut adalah doa supaya Allah permudahkan urusan hutang kita, dan cepat langsai hutang, dengan syarat istiqamah, dan berusaha untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Kalau setakat doa, tiada ikhtiar, maka tiada gunalah ia.
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Selamat beramal dan sampaikan kepada rakan-rakan yang lain.