Khabar angin ini sudah mula bertiup kencang sejak beberapa minggu lepas. Adakah semua ini akan terjawab esok atau sebelum bermulanya liga super malaysia 2019 yang akan diadakan tak lama sahaja lagi.
KUANTAN 17 Jan. – Bekas bintang import Pahang, Dickson Nwakaeme dikatakan akan kembali menyarung jersi skuad Tok Gajah musim ini.
Nwakaeme yang diberi jolokan ‘Orang Besi’ oleh peminat bola sepak tanah air dikhabarkan dalam perjalanan ke Malaysia seterusnya ke negeri ini untuk menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah.
Khabar angin yang bertiup sejak kelmarin itu diperkukuhkan lagi dengan dua video yang dimuat naik oleh Nwakaeme menerusi Intsa Story di Instagramnya semalam.
Video pertama menunjukkan Nwakaeme memandu keretanya dengan memakai jersi pasukan Pahang edisi 2015 bersama kasut bola dan menuju ke padang untuk menjalani latihan berhampiran rumahnya di Nigeria. ? [Read more…]