Drama yang menggantikan Pujaan Hati kanda, gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah dah habis semalam. Aduhh manis sangat, boleh potong kaki.
So drama baru pulak petang ini. Dia menantu Rahsia, ganding Ashraf Muslim dan Raysha Rose merupakan drama adaptasi novel juga.
PERTUNANGAN antara Zamer (Syazuwan Hassan) dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa (Raysha Rizrose). Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur.
Pertemuan antara Melissa dengan Syakir (ashraf muslim) di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya.
Malahan Engku Kamelia (Mona Allen) juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?
[Read more…] about Sinopsis drama dia menantu rahsia , Ashraf Muslim dan Raysha Rose (slot akasia)