Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara lagu kali ke 31. Lelaki Teragung diangkat sebagai juara Anuegerah Juara lagu kali ke 31 memang ada aura yang tersendiri. Dahla cerita 7 hari mencintaiku memang best, dan ada kaitan cerita ini dengan lagunya. Fuh superb lah lagu nih.
Kalau ikut undian dari zikrihusaini.com pun memang lagu nih dapat peratus undian tertinggi beb.
Lagu Lelaki Teragung yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah ciptaan Natasyah dan penulis lirik Iman Imran telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-31 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.
Manakala Naib Juara jatuh kepada Hafiz dan Misha Omar yang membawa lagu berjudul Terimaku Seadanya hasil sentuhan sepenuhnya oleh Ajai. Hasil kemenangan tersebut berjaya melayakkannya mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.
Di tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Projector Band yang membawa lagu berjudul ‘Sudah Ku Tahu’ ciptaan sepenuhnya oleh Razif dan turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi.
Vokalis terbaik, dayang pertahan tiga tahun berturut-turut beb.
Dalam pada itu, bagai menepati ramalan apabila penyanyi Dayang Nurfaizah sekali lagi berjaya mempertahankan kategori vokal terbaik untuk 3 tahun berturut-turut, (hatrik) menerusi lagu berjudul ‘Lelaki Teragung’ dan turut berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 dan sebuah trofi.
Khailfah, persembahan terbaik!!
Kategori persembahan terbaik pula jatuh kepada Khalifah dengan lagunya yang berjudul ‘Hang Pi Mana’. Kemenangan bagi kategori persembahan terbaik melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.
Kesimpulan.
- Lelaki teragung
- Terimaku Seadanya
- Sudah ku tahu
Persembahan terbaik : Khalifah
Vocal Terbaik : Dayang Nurfaizah.