Saya mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi saya pula hampir sama dengan ayah saya iaitu membaca buku.
Biasanya apabila ke kedai buku, saya dan ayah akan membeli buku-buku. Ayah suka membaca buku politik dan buku agama, manakala saya pula suka membawa novel kanak-kanak dan semua bacaan yang memberi pengetahuan kepada saya. Kadang-kadang apabila saya tidak ada buku lagi yang hendak dibaca, saya akan membaca buku yang ayah beli. Ini bermakna saya mendapat ilmu pengetahuan sama seperti ayah.
Selain membaca buku, saya suka melukis dan bersajak. Dalam bilik saya penuh dengan hasil saya yang ditampal pada dinding. Saya boleh melukis pelbagai benda, terutamanya lukisan pemandangan ditepi pantai.Sebelum melukis, saya gambarkan dahulu rupa pantai yang hendak dilukis berdasarkan pengamatan saya ketika pergi melancong. Lukisan saya kelihatan hidup dan kawan-kawan yang pernah melihat lukisan saya turut memuji-muji kehebatan saya melukis, terutama dari segi mewarna.
Saya suka bersajak juga. Biasanya saya menulis sajak pada waktu malam, ketika ahli keluarga saya sedang tidur. Ilham datang waktu malam yang sunyi . Selepas selesai menulis sajak, saya akan baca sajak tersebut berulang-ulang kali sehingga saya dapat menghayatinya. Kemudian, sajak itu saya serahkan ke bahagian majalah sekolah. Sajak saya selalu disiarkan dalam majalah sekolah. Pihak sekolah memberi sagu hati kepada saya atas sumbangan saya itu.
Hobi saya memberi manfaat kepada saya dan masa depan saya. Pada suatu hari nanti, saya akan menjadikan hobi saya ini sebagai kerjaya tetap iaitu menjadi penulis, pelukis dan penjajak yang berjaya.