Meramal ialah membuat jangkaan tentang apa yang akan berlaku bagi suatu peristiwa berdasarkan pemerhatian , pengalaman lalu atau data yang dipercayai.
Rajah menunjukkan mentol menyala apabila satu litar ringkas disambungkan dengan sebatang sudu keluli.
Jika sudu plastik yang digunakan, mentol itu tidak akan menyala . Hal ini kerana plastik tidak mengalirkan arus elektrik. Ia adalah penebat haba.
Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.
PETUNJUK
PETUNJUK
- menggunakan bukti yang lepas atau ketika itu untuk menyatakan apa yang mungkin akan berlaku
- membezakan ramalan daripada meneka
- menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan
- secara eksplisit menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat unjuran
- mengesahkan satu kenyataan mengenai apa yang akan berlaku atau ditemui berdasarkan bukti atau pengalaman yang lepas
- mengekstrapolasi dan menyisipkan sebagai alat membuat ramalan