Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengenalan.
Bila bercakap mengenai topik awet muda, pada kebiasaanya ia akan merujuk kepada kaum wanita. Yela, bila sebut pasal penjagaan, kecantikan, dan awet muda mesti ada sangkut paut dengan kaum wanita. Itu belum lagi dengan tips-tips diet yang seimbang la, tips jaga rambut, kuku, mata, buang selulit dan sebagainya. Huhu.
Orang lelaki pun ada juga petua-petua yang tersendiri untuk kita nampak muda remaja (bagi yang dah kahwin pun dialu-alukan, untuk tambah cawangan). Hehe.
Petua-petuanya.
Elakkan/jauhkan.
1. ) Elakkan merokok/jauhkan dari orang-orang yang merokok.
Kalau yang memang hisap rokok tuh, no comment la. Untuk pengetahuan, asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
2.)Jauhkan dari memakan makanan yang kurang berkhasiat.
Contoh-contoh anda semua sudah tahu, paham-paham jela k! Makanan ringan, meggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya (sekali-sekala tuh ok kot, tapi jangan jadikan ia makanan asasi/wajib kita).