Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for cara mohon GKP 3.0

cara mohon GKP 3.0

Cara Semak kelulusan Gkp 3.0 (PERMAI)

Zik · Mar 24, 2021 · 1 Comment

Gk0 3.0

 

Kenyataan Media – RM883 JUTA BAYARAN GKP TAMBAHAN KEPADA 900,000 PKS MIKRO DISALURKAN MULAI 25 MAC 2021

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan betul-betul serius untuk membantu mereka yang terkesan dalam memulihkan ekonomi rakyat. Jadinya baru-baru ini perdana menteri telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP. GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro..

GKP 1.0 dan 2.0 akan dapat RM 1000/500.

Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .

 

Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.

Cara nak semak GKP 3.0 lulus atau tidak.

Terus login ke laman GKP

GKP login. 

  1. Masukkan details anda seperti biasa bagi yang sudah ada akaun GKP yang sudah lulus tuh.

ID Pengguna. ( no IC anda) .

gkp login semak permai rm1000

2. Tekan butang semak, pastikan no kad pengenalan anda adalah betul.

gkp permai 2021

3. Adakah ini kata kunci keselamatan anda, tekan ya jika betul. Dia ada keluar kata kunci keselamatan yang korang dah setkan. Klaau salah, tekan tidak . Buat semula, mungkin korang salah masuk no IC agaknyalah.

gkp permai 3.0

4. Kemudian, masukkan no kata kunci anda (password). Dah ok, semua. Tekan Butang Log Masuk.

 

gkp 3.0 permai sudah masuk

5. Kalau lulus seperti diatas ini , dapatlah RM 1000.00 . Dijangka akan dapat pada 25 mac 2021 seperti yang telah dimaklumkan kementerian kewangan.

Cara Memohon GKP 3.0 

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh melakukan perkara tersebut menerusi laman web https://gkp.hasil.gov.my mulai 1 April 2021.

Proses Pembayaran. 

Bagi permohonan yang lulus, bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun pemohon. Jadinya, semua pemohon perlu memastikan bahawa akaun bank yang didaftarkan mestilah masih lagi aktif bagi mengelakkan sebarang masalah.

Maklumat Lanjut. 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai GKP 3.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.