• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
You are here: Home / Archives for br1m dinaikkan bajet 2015

Brim naik wooo, budget 2015!!

October 10, 2014 by Zik 2 Comments

image

Ah, yang ini mesti korang suka punya. rim bram brum brom yang dibentangkan oleh ds najib tun razak, untuk bajet 2015, dinaikkan kepada rm350.

Manakala yang sudah kahwinnya pun. Naik rm350

image

So, dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kemampuan fiskal, kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Beliau berkata bantuan itu akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Kelayakkan br1m 2015:

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

PENGURANGAN cukai pendapatan individu serta penambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menjadi isu penting kepada rakyat pada pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. – Foto BERNAMA

Perdana Menteri menarik perhatian, bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

“Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan,” katanya.

Najib turut mengumumkan, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Sebelum ini, kerajaan memberikan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerusi BR1M 1.0 yang diperkenalkan pada 2012.

Untuk BR1M 2.0 pada 2013, jumlah yang sama diberikan kepada golongan berkenaan dan kerajaan memperkenalkan bantuan sebanyak RM250 pula diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi bantuan wang sebanyak RM650 dan bantuan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Kerajaan juga pada BR1M3.0 memberikan sebanyak RM300 kepada kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0 juga, bantuan buat kali pertama diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Apepun pemberian br1m ini sebenarnya ia menambah lagi beban rakyat ia tidak dapat kurangkan bebanan rakyat apabila naiknya minyak ron95, 20sen. Manakala gst pun kemungkinan besar akan ada impak yang besar dari segi perbelanjaan.

Namun belum tahu lagi, kita tengok dulu macam mana pelaksanaan gst pada april 2015 nanti. Jangan terus bangkang. Inipun sebenarnya satu usaha kerajaan untuk mengurangkan inflasi yang berlaku dinegara kita. Sekian terima kasih.

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • BPN 2.0 sudah masuk 21.1.2021, semak secara online/atm
  • Samsung Galaxy S21 bakal jadi rebutan ramai?
  • Wahed Investment Review, untung ke rugi?
  • Resepi Dalgona Coffee, Jom cuba
  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Mahasiswa yang berfikiran jauh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ya, untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti…

LIGA SUPER Sukan

Video gol highlights PKNS 2-3 KEDAH LIGA SUPER 18.6.2019

Tahniah buat skuad kedah berjaya menewaskan pasukan PKNS 3-2. Kemenangan ini mel…

Arts & Entertainment

Gegar Vaganza 6 minggu ke 5 2019

Gegar Vaganza yang ditaja oleh Farm Fresh, Cuckoo. Minggu lepas peserta dari kum…