Kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Negeri Johor tanpa perlu pergi ke kaunter yang jauh sudah tentunya memudahkan kita dan menjimatkan masa, tenaga dan wang juga. (parking, minyak, dan masa).
Cukai Tanah boleh dibayar dimana-mana, anda tidak perlu pergi ke setiap pejabat tanah daerah untuk membayar cukai tanah dimana hakmilik anda berada. Anda boleh bayar semua cukai tanah hakmilik anda di Negeri Johor dengan membayar di mana-mana kaunter atau secara atas talian.
Pembayaran cukai tanah dikaunter boleh dibuat di
1. PTG Johor, Kota Iskandar
2. Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Johor
3. UTC Galeria Kotaraya (Dibuka setiap hari 8.30 pagi hingga 9.00 malam, kecuali Cuti Am)
4. UTC Pasir Gudang
Pembayaran cukai tanah secara atas talian di https://onlinepayment.johor.gov.my. Di Portal ini juga anda boleh membuat bayaran cukai pintu@cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan dan Wakaf Majlis Agama Islam Johor. Boleh juga bayar zakat fitrah dan macam-macam jenis cukai.