Kegagalan skuad bawah 16 tahun (B-16) negara melayakkan diri ke Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2027 perlu dijadikan satu peringatan penting buat pembangunan bola sepak akar umbi Malaysia.
Namun, kegagalan itu tidak seharusnya dilihat semata-mata daripada keputusan perlawanan atau tanggapan bahawa negara ketandusan pemain berbakat.
Sebaliknya, persoalan lebih besar yang perlu diberikan perhatian ialah sejauh mana persediaan pemain muda negara untuk bersaing dengan pasukan terbaik di peringkat Asia.
Jurulatih Skim Pembangunan Bakat FIFA (TDS), Abdul Musawir Abdul Gany berpandangan bahawa Malaysia sebenarnya masih mempunyai pemain yang berpotensi, tetapi bakat sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan pemain berkualiti tinggi. [Read more…] about BAKAT SAHAJA TAK CUKUP! PEMBANGUNAN BOLA SEPAK REMAJA MALAYSIA PERLU DINILAI SEMULA
