BNPL (Buy Now Pay Later ) sudah jadi kebiasaan buat rakyat Malaysia dalam 3,4 tahun yang lepas. Terutamanya dalam dunia Shopee. Sebelum ini memang dah ada kaedah bayar installment nih. Macam singer, menawan keluarga bahagia, Courth Mamoth dan sebagainya. Kita tak tahu apa sistem yang akan datang. Macam juga media sosial sekarang masih lagi facebook no1. Akan datang kita tak tahu.
Apa itu BNPL?
Beli barang terlebih dahulu, ambil barangnya. Bayar kemudian mengikut persetujuan iaitu tempoh yang telah ditetapkan oleh pembeli itu melalui medium yang ada sekarang ini di Malaysia yang popular ialah Shopee pay later. Lazada Pay Later, atome, Grab later, Moby Islamic. Biasa paling lama ialah setahun , bayar bulan-bulan ikut tarikh beli kena bayar sekian-sekian.
Platform BNPL membolehkan anda membuat pembelian dengan membahagikan jumlah pembelian kepada bayaran ansuran bulanan, yang kebiasaannya mempunyai 0% faedah. Ada juga platform yang menawarkan penangguhan pembayaran sehingga hujung bulan, atau bayar pada bulan yang seterusnya. Namun, mereka mungkin akan mengenakan caj pembayaran lewat (penalti) jika anda tidak menepati perjanjian anda.
Berikut adalah konsep BNPL:
- Jika anda membeli sesuatu daripada penyedia yang menggunakan BNPL, anda boleh memilih untuk membayar melalui platform BNPL.
- Anda mungkin perlu membuat pembayaran muka, kebiasaannya pembayaran ansuran pertama daripada jumlah pembelian.
- Kemudian anda membayar jumlah yang selebihnya setiap bulan.
Kelebihan Buy Now, Pay Later
- 0% faedah ansuran. Kebanyakan platform BNPL menawarkan 0% faedah untuk pembelian anda. Ini bermaksud anda tidak perlu membayar sebarang faedah atau caj – melainkan anda terlewat membuat pembayaran.
- Anda mungkin tidak memerlukan skor kredit yang baik. Anda wajib memerlukan kad kredit jika anda ingin memohon 0% faedah ansuran menggunakan kad kredit. Dan untuk memohon kad kredit, anda memerlukan skor kredit yang baik. Tetapi, sesetengah platform BNPL mungkin tidak memeriksa skor kredit. Ini bermaksud, anda boleh memohon BNPL walaupun anda mempunyai skor kredit di bawah tahap yang baik.
- Membahagikan pembayaran. Dengan BNPL, anda boleh membuat pembayaran besar secara berkala supaya bajet bulanan anda tidak terjejas. Sebagai contoh, komputer riba anda rosak secara tiba-tiba, dan anda memerlukan RM3,000 untuk menggantikannya. Anda boleh membuat bayaran bulanan sebanyak RM1,000 setiap bulan dan tidak perlu menggunakan simpanan kecemasan anda. Ini memberikan anda sedikit ruang untuk bernafas jika ada kecemasan yang berlaku pada bulan yang sama dengan menggunakan simpanan kecemasan untuk perkara yang mustahak dan bukannya untuk membuat pembelian.
Keburukkan/kelemahan Buy Now, Pay Later
- Caj pembayaran lewat yang tinggi. Kebanyakan platform BNPL akan mengenakan caj jika anda tidak boleh membayar ansuran anda. Sesetengah pembayaran platform BNPL mungkin akan menelan belanja yang lebih banyak berbanding menggunakan kad kredit.
- Anda cenderung untuk menggunakannya lagi (gian). Platform BNPL memudahkan anda untuk membeli barangan yang anda mungkin tidak akan beli jika anda terpaksa membayar secara penuh, atau anda tidak mempunyai bajet. Walaupun BNPL memberikan anda manfaat dalam pembelian barang, ia juga boleh mempengaruhi anda untuk membuat perbelanjaan yang tidak dirancang.
- Skor kredit anda mungkin akan terjejas. Sesetengah platform BNPL mungkin akan menghantar rekod pembayaran lewat atau kepada agensi yang menyelia skor kredit. Ini akan menjejaskan skor kredit anda dan akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.
Apakah akibat jika anda terlewat membuat pembayaran?
a) Anda mungkin akan dikenakan caj.
Anda tidak akan dikenakan caj faedah jika anda membayar pembelian anda mengikut tempoh yang ditetapkan. Jika tidak, anda akan dikenakan caj pembayaran lewat yang tinggi.
Sebagai contoh, berikut adalah jumlah caj pembayaran lewat yang dikenakan untuk pembelian bernilai RM2,000 jika anda terus terlewat untuk membuat pembayaran selama tiga bulan:
Platform | Kadar faedah | Caj pembayaran lewat setiap bulan | Jumlah faedah + caj pembayaran lewat selepas tiga bulan |
---|---|---|---|
Atome | – | RM30 | RM60 |
FavePay Later | – | 1.5% dari jumlah tunggakan | RM30 |
myIOU | – | 1% dari jumlah tunggakan | RM20 |
Hoolah | – | RM75 | RM150 |
PAYLATER | – | RM10 seminggu = RM40 | RM80 |
PayLater by Grab | – | RM10 | RM20 |
SPayLater by Shopee | 1.25% sebulan x 2 bulan dari jumlah RM2,000 = RM50 | RM30 | RM110 |
Split | – | RM0 | RM0 |
Senario: pembelian anda bernilai RM2,000 dan anda telah membayar ansuran bulanan yang pertama; kesemua pengiraan hanyalah sekadar contoh
b) BNPL mungkin akan menghubungi agensi pengutip hutang
Jika anda masih tidak boleh membuat pembayaran ansuran anda, platform BNPL akan menghubungi agensi pengutip hutang (agensi yang sama dilantik oleh pihak bank jika anda tidak boleh membayar semula pinjaman anda) untuk mengutip hutang daripada anda. Anda boleh dapatkan informasi tersebut di halaman terma dan syarat platform BNPL. Sebagai contoh, ini adalah apa yang tertakluk dalam Perjanjian Penangguhan Pembayaran Atome:
Jika Akaun anda Dibekukan disebabkan pembayaran lewat atau pembayaran yang ditolak, anda bersetuju, memberi kebenaran dan mengarahkan kami untuk mengenakan caj kepada Keadah Pembayaran pilihan anda dan/atau kad debit atau kad kredit yang anda ditetapkan untuk menuntut jumlah keseluruhan sebarang Penangguhan Pembayaran yang anda terlepas pada bila-bila masa selepas tarikh akhir Penangguhan Pembayaran. Anda bersetuju bahawa kami mempunyai hak untuk melantik pengutip hutang pihak ketiga untuk mengutip sebarang jumlah hutang anda kepada kami mengikut Persetujuan ini tanpa memberi notis awal kepada anda.
c) Skor kredit anda mungkin akan terjejas (CCRIS)
Kalau ada termiss memang masalahlah, platform BNPL anda mungkin akan memaklumkan laporan pembayaran lewat anda kepada agensi pelaporan kredit. Sebagai contoh, ini adalah polisi terma dan syarat Split:
[Kami berhak untuk] memaklumkan kepada mana-mana agensi atau biro pelaporan kredit yang wujud dalam bidang kuasa atau mana-mana agensi atau biro yang melaporkan informasi pelaporan kredit kepada mana-mana syarikat, dan mengenalpasti sebarang hutang yang tertunggak ke atas butiran anda kepada kami…
Ini mungkin akan menjejaskan skor kredit anda dan mungkin akan menyukarkan anda untuk memohon pinjaman rumah, kenderaan atau kad kredit pada masa hadapan. Namun, tidak semua platform akan melaporkan hutang anda kepada agensi pelaporan kredit.
Muflis.
Itu jalan terakhir.
Haruskah anda Buy Now, Pay Later?
BNPL membantu anda membuat pembelian yang besar tanpa menjejaskan pengurusan kewangan bulanan anda. Ini adalah beberapa situasi yang mungkin memberi manfaat kepada anda:
- Jika anda boleh menepati tempoh pembayaran.
- Jika anda ingat membuat pembelian yang penting atau pembelian kecemasan – seperti menggantikan peti sejuk yang rosak – dan anda memerlukan masa untuk membuat pembayaran.
- Jika anda menggunakan kredit untuk membuat pembelian yang penting, tetapi rekod kredit anda tidak begitu baik untuk mendapatkan kad kredit atau pinjaman peribadi.
- Anda adalah peniaga, nak beli barang yang kegunaan untuk niaga. Ada pentingnya juga.
- Kalau sekadar untuk menunjuk-nunjuk lifestyle, itu dah tak betul tuh.
Namun, jika anda tidak terlibat dengan mana-mana situasi di atas, mungkin anda boleh menangguhkan pembelian sehingga anda berjaya mengumpul wang yang secukupnya untuk membeli tanpa menggunakan BNPL. Sebenarnya, membeli barangan sekarang dan membayarnya kemudian bermaksud anda meminjam wang dari masa hadapan – dan agak sukar untuk anda menikmati sepasang kasut baharu atau pembersih hampagas yang mewah jika barangan tersebut masih mempunyai hutang.