Industri Animasi dinegara kita sebenarnya sangat membanggakan. Tetapi bilangannya masih kecil, hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Diantara karya-karya animasi dinegara kita ialah Kampung boy, Usop Sontorian, Keluang Man dan terbaru ialah Upin dan Ipin dan sebagainya (Sang Wira, hehe) .
Kagum dengan hasil kerja rakan zik yang belajar di Unikl, Diploma in Animation.
Karya-karya yang dihasilkan oleh tempatan sebenarnya boleh pergi jauh. Cuma perlu adanya sokongan/bantuan dari pihak kerajaan ataupun pihak yang betul-betul berminat untuk melabur dalam industri ini, dalam terus bergiat aktif dalam industri ini.
Namun banyak perkara yang harus dilakukan untuk memartabatkan industri ini, selain dari segi mutu, gaya persembahan, jalan cerita yang menarik, mesej yang yang ingin disampaikan, dan promosi tentang animasi di negara kita.
Untuk pergi jauh, idea-idea yang betul-betul boleh untuk menjana ekonomi dari segi industri animasi ini, sangat diperlukan dizaman yang serba canggih ini.