• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama Mr Grey, astro

Sinopsis drama Mr Grey, astro

Zik · Apr 12, 2018 ·

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

mr grey, novel mr grey, sinopsis drama mr grey,

Kisah cinta Nisa dan Mr Grey memang penuh cabaran! berliku-liku kalah lingkaran nyamuk. haha. Menggantikan drama takda cinta seperti mu.

Kisah drama kali ini merupakan adaptasi novel yang dikarang oleh Syamnuriezmil, dan ianya Mengisahkan Mr.Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

Permulaan cerita, saya akui memang teruja dengan olahan santai penulis dan plot yang pantas bergerak. namun, lama kelamaan terasa semakin hambar dengan dialog yang berulang2 dan pickup line yang lebih kurang je.. start jadi bosan masa Mr Grey dan Nisa nak bertunang tu.. sampai lah konflik perebutan syarikat tu datang balik.

Komen pembaca mengenai novel ini : 

1. Tema novel ini adalah kelabu. So semuanya berasaskan kelabu. Tetapi pabila terlalu banyak penggunaan kelabu di situ, akhirnya ada dua kemungkinan; pembaca suka atau pembaca bosan. Dan ditakdirkan Yuni tergolong dalam kumpulan kedua.

2. Prolog yang menarik. Membuatkan Yuni tertarik untuk meneruskan pembacaan walaupun permulaannya terganggu dengan cover.

3. Penggunaan bahasa. Ayat kedua chapter pertama; “Bagai nak mampus hari-hari aku menunggu….” Bagi Yuni, ini adalah bahasa yang agar kasar untuk digunakan. Kosa kata penulis limited sangat ke? Perlu ke pilih perkataan yang hiperbola seperti itu? Okay, untuk orang lain mungkin ini isu remeh, tetapi bayangkan kalau yang membaca adalah pelajar sekolah dan mereka menggunakan bahasa seperti ini dalam menjawab exam, adakah kalian still kata itu isu remeh?

Bila mula sekali dah buatkan Yuni geram, I don’t think I can give good review for this novel. Sorry, puan penulis. You are the one who make me like this!

4. Instead of choosing ‘Mr Grey’ as the title, why not put “My Kedah’s Mr Grey”? Iye, Yuni faham majoriti watak dalam novel ini berasal dari Kedah. So loghat Kedah memanglah akan muncul. Sesuai dengan watak2 nya. Tetapi tak semua pembaca adalah dari Kedah. I’m not from Kedah. So adalah lebih baik sekiranya buat nota kaki or terangkan sedikit2 maksud kata2 yang disebut dalam novel ini. Kalau tak nak bazirkan muka surat untuk buat nota kaki, janganlah ‘Kedah’kan Mr Grey! Nasib baik Yuni masih berasal dari Malaysia. Itu pun ada yang certain words, tak faham. Habis tu, apa nasib orang Singapura or Brunei or even Indonesia? Penerbit begitu bangga bila ada pembaca dari luar Malaysia baca, tetapi kalian ‘hidangkan’ something yang boleh ‘putuska selera’ pembaca luar Malaysia. Adil ke begitu? Why not put some note kat cover tu; ‘Novel ini menggunakan loghat Kedah yang overdose. Membaca adalah pilihan pembaca’. Takdelah Yuni rasa seperti tertipu di sini.

5. Kindly inform me if I’m wrong tetapi ada ke company yang berani mengambil risiko apabila PA kepada PA handle urusan CEO? Apa guna secretary kepada CEO walaupun PA cuti 2 minggu? Secretary lagi lama bekerja. Logik ke pekerja tak sampai dua minggu dah di bawa outstation atas urusan kerja sedangkan skop tugasan adalah PA kepada PA? Logik ke tak sampai dua minggu kerja, sudah diberikan bond untuk sambung belajar? Logik ke baru sehari kerja sudah diberi handphone atas alasan company punya principal activity berkaitan telekomunikasi? I don’t care she passes her STPM with flying colour, but fresh graduate don’t have such experience. Be realistic even if you write such fantastic story, dear author! Even Ana pun still ada pengalaman bekerja sebelum bekerja di SIP. So di sini, Mr Christian Grey lebih realistic berbanding Kedah’s Mr Grey.

Overall, Yuni berasa kecewa sangat. Yuni baru keluar gua selepas hibernate tak membaca dalam dua bulan. Keluar2 je tersalah pilih bahan bacaan. Bukan buatkan Yuni seronok. Makin geram tu adalah.

Nizam:
Macam biasalah karya2 kak syam tak pernah mengecewakan (kecuali STC mmg tak ngam langsung dengan jiwa sy). Kali ni tebai nak mampuih buku MG ni. Seronok baca pasal kak syam mmg pandai buat lawak dlm novel. Nisa yg kuat menjawab mulut hingaq tak ingat duniyaa dengan Mr. Grey yg penuh rahsia tapi suka sakat Nisa. Bila dah bergabung meletup novel ni dibuatnya. Suka dengan keseluruhan cerita. Cuma yg part ending ja kurang sebab macam tak puas hati part Tok Grey dengan Mr Red kena tangkap tu. Macam senang sangat. Kesian pulak Ilham yg kena tembak dengan Mr Red. Baru ja nak tau Ilham berjodoh dengan sapa.
Nuraishah Mustapha  :
Finally, tamat jugak penggembaraan kisah Mr. Grey & Nisa. Karya Syamnuriezmil mmg tak pernah mengecewakan. Kali ni memang kak syam all out kasi tebal lebih dari IUD nampaknya. Suka dengan jalan ceritanya. Bikin orang gerak tu sentiasa, ada unsur suspen, part touching pun ada sikit, part sakit hati nak2 dengan Mummy Grey, Tok Grey & Mr.Red tu pun ada. Tapi jangan bimbang, Nisa bukan orang murahan. Sekali dia cakap setia, mmg dia akan sentiasa walaupun ape pun dugaan melanda.

Ku rasa dlm banyak2 watak novel ni, opkoslah watak Mr. Grey jadi kegilaan. Maaflah Noah Ryzal, ranking awak jatuh no.2 dlm hati saya. Hehehe… Suka karakter dia yang tegas, sengal gak kadang2 (nak2 part mandikan John dgn softlan), penyayang ofcos, tahu setiap apa yang dia buat, mmg sejenis yang kerja kuat-tak terbayang dia handle kerja2 dia & kerenah Nisa yang sengal2 ubi gak tu. Sangat penyabar. Owh, ade lagi ke laki mcm ni wujud kat dunia. Kalau ada, harap berjodoh. Hahaha

Suka gak dekat Nisa Ardina. Kalau tak masuk kategori kental bukan heroin kak syamlah jawabnya. Ketegaq & kuat semangat. Part yang Mr. Grey hilang sekejap tu mmg mencabar kesabaran sikit ku baca. Sedih pun ada. Nasib Nisa ramai yang jaga. Dan tak termakan dgn mana2 hasutan org. Giler ah nak jadi isteri Mr. Grey ni bukan calang. Banyak benda Nisa kena lalui. Salute kat Nisa.

Overall, puas hati baca tebal2 cenggini. Banyak ilmu & pengajaran. Kali ni ku perasan 1 benda, kak syam tak letak quote dekat ending ler. Biasalah tiap2 novel ada. Tapi ayat kat depan quote kat depan novel tu I like: ‘ Setia itu mahal yang tak mampu di pertahankan oleh orang murahan.’ Daebak kak syam! Goodluck utk novel seterusnya

Nabilah :
Ceritanya boleh lah tapi sangat meleret. Macam its just her life with too much extra details description. Masa baca asyik terfikir bila lah nak sampai dia punya climax punyalah lama gila sampai saya banyak skip. Kelakar memang kelakar tapi saya rasa macam too exaggerate sangat sampai tak de penghujung….sorry this time the book i can’t tapi it’s just an ok je 🙂

Senarai pelakon :

Pelakon:

  • Fendy Bakry sebagai Mr.Grey.
  • Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina.
  • Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad.
  • Lisdawati sebagai Datin Musalma.
  • Gambit Saifullah sebagai Mr Red.
  • Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah.
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Yah
  • Mardiana Alwi sebagai Kak Ain.
Farawayyy :
Mr.Grey ni saya ambil masa 2 hari nak habiskan. Saya tak nak baca terburu-buru sebab nk fefeeling lebih. Cewahh!Dalam Mr.Grey macam-macam perasaan ada. Cukuplah ketawa, meleleh air mata, terkejutnya ape lagi..

Paling terkejut pasal MIRA & Tok Grey. Then pengorbanan Grey dalam ni banyak. Dapat bini plak cerdik mcm Nisa memg ngammmmm! Dorang punye persepakatan tu kadang lucu btol lahaiii.. Otak geliga!

Mr.Red boleh pergi mereput dengan si Nazri tiada guna sama hantuk kepala dengan Muhaimin tu..
Tak lupa juga abg Ilham.. sobss.. sobss….

Nisa Ardina ~ heroin dlm novel ni dia ni dr Pendang, Kedah…dtg KL nak cari kerja
nak tolong family kat kampung walaupun result STPM bagus… dia pilih untuk terus kerja…drp sambung study dia
Mr. Grey @ Malique Gregory Kamal ~ hero dlm novel ni
dia ni calon CEO di Wisma Puncak Angkasa. Awal-awal lagi dalam novel ni….Nisa dah jumpa dengan Mr Grey dalam 1 incident’ yg menyebabkan Nisa fikir Mr Grey ni emm…a bit naughty but…dia dah salah sangka its turn Mr Grey ni sgt la baik, romantik, caring dan lain2 la cukup complete nak jadikan calon suami which is .. tak pernah termimpi oleh Nisa
Nisa stay kat KL dengan kawan baik dia Jannah@Jane. Jane ni model but part time keja eskort girl but..
berkat nasihat and 1 ‘insident’ Jannah berubah and fokus ngan profession model dia
Mr Red…adik tiri tak sah taraf Mr Grey pesaing Mr Grey utk jadi CEO di Wisma Puncak Angkasa dua memang tak sebulu but…Tok Grey @ atok diaorang yg suruh diaorang tunjukkan siapa yg paling layak utk warisi Wisma Puncak Angkasa tu
Nisa kerja sbg pembantu kepada PA Mr Grey.. Kak Ain sama2 org Kedah..syok la keja sama2 tapi..leh ckp Kedah lepas office hour jer..he he. Nisa mula terpanggil utk tolong Mr Grey dr dikenakan oleh Mr Red
mcm2 jadi, mcm2 diaorang hadapi boleh dikatakan bersama tu yg buat diaorang makin rapat…
halangan? Semestinya ada
Abang Ilham ~ orang kampung Nisa suka Nisa dah lama dah
Nisa pun tau..but dia just anggap Abg Ham mcm abang dia sendiriAbg Ham ni la yg selalu tgk kan mak dia
masa Nisa kat KL tu and..dia pun seorang usahawan yg sedang meningkat naik
mak Mr Grey ~ Datin Musalma Kamal orang yg paling bangkang bila Mr Grey nak kawin ngan Nisa bukan taraf, tak standard..reason biasa la
Mr Grey..diperangkap utk kena tangkap basah ngan Nisa but tak menjadi..sbb time tu Jannah ada sama slm rumah tu and..of coz di set up oleh Mr Red yang cuba nak jatuhkan nama Mr Grey
but sbb set up ni jugak la.. Mr Grey nak kawin ngan Nisa and becoz….Mr Grey dah mula jatuh hati ngan Nisa dia mula rasa kehadiran Nisa well..Mr Grey kan romantik.. ada jer cara dia nak buat Nisa jatuh hati ngan dia
seronok sgt baca novel nie senyum sorang2..byk kali sgt
dah mcm orang gila dah rasa gelak sorang2..
cayak sorang2…
best la..
Ending pun best as usual..kena baca..
kalau nak tau ending nya sbb ada part Mr Grey tinggalkan Nisa..lepas kawin tu
and..masa tu Nisa tgh pregnant.. sedih sangat sbb time tu rasa mcm confius sekejap betul ke.. Mr Grey berubah hati? jgn lah.. kalau betul kejam nya.
Izzati Aishah:
Finally, tamat jugak penggembaraan kisah Mr. Grey & Nisa. Karya Syamnuriezmil mmg tak pernah mengecewakan. Kali ni memang kak syam all out kasi tebal lebih dari IUD nampaknya. Suka dengan jalan ceritanya. Bikin orang gerak tu sentiasa, ada unsur suspen, part touching pun ada sikit, part sakit hati nak2 dengan Mummy Grey, Tok Grey & Mr.Red tu pun ada. Tapi jangan bimbang, Nisa bukan orang murahan. Sekali dia cakap setia, mmg dia akan sentiasa walaupun ape pun dugaan melanda.

Ku rasa dlm banyak2 watak novel ni, opkoslah watak Mr. Grey jadi kegilaan. Maaflah Noah Ryzal, ranking awak jatuh no.2 dlm hati saya. Hehehe… Suka karakter dia yang tegas, sengal gak kadang2 (nak2 part mandikan John dgn softlan), penyayang ofcos, tahu setiap apa yang dia buat, mmg sejenis yang kerja kuat-tak terbayang dia handle kerja2 dia & kerenah Nisa yang sengal2 ubi gak tu. Sangat penyabar. Owh, ade lagi ke laki mcm ni wujud kat dunia. Kalau ada, harap berjodoh. Hahaha

Suka gak dekat Nisa Ardina. Kalau tak masuk kategori kental bukan heroin kak syamlah jawabnya. Ketegaq & kuat semangat. Part yang Mr. Grey hilang sekejap tu mmg mencabar kesabaran sikit ku baca. Sedih pun ada. Nasib Nisa ramai yang jaga. Dan tak termakan dgn mana2 hasutan org. Giler ah nak jadi isteri Mr. Grey ni bukan calang. Banyak benda Nisa kena lalui. Salute kat Nisa.

Overall, puas hati baca tebal2 cenggini. Banyak ilmu & pengajaran. Kali ni ku perasan 1 benda, kak syam tak letak quote dekat ending ler. Biasalah tiap2 novel ada. Tapi ayat kat depan quote kat depan novel tu I like: ‘ Setia itu mahal yang tak mampu di pertahankan oleh orang murahan.’ Daebak kak syam! Goodluck utk novel seterusnya.

Sinopsis dari novel :

Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim…”

“Saya…”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai…”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” – NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia…

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” – ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan…

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Drama . sinopsis drama mr grey, beli novel mr grey, mr grey, mr grey astro, sinopsis novel mr grey, sinopsis penuh drama mr grey

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021
  • Live streaming Uitm fc vs Terengganu liga super 6.3.2021
  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Drama

Sinopsis Movie Istanbul Aku Datang Lisa Surihani, Tomok

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Filem Movie Istanbul, Turkey. best jugak ceri…

Drama

Persembahan Aman Ra , AJL 34 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Persembahan Aman ra dalam pentas AJL. Lagu di…

Drama

Drama Asalkan Dia Bahagia , Ayda Jebat dan Shukri Yahaya

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Menggantikan drama dia menantu rahsia Ashraf …

%d bloggers like this: