Ahli perniagaann terkemuka tidak tolak kembali dalam Liga Malaysia.
Beliau dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR), sebelum melepaskan jawatan selaku pengerusi bersama selepas 12 tahun.
Tony bersama syarikat penerbangan terbaik Asia itu juga pernah terlibat sebagai penaja rasmi Liga Super pada 2019-2020 menyokong kelab dengan diskaun tambang untuk perkhidmatan di seluruh Malaysia dan rantau ini.
Dalam masa sama, tokoh korporat berusia 61 tahun itu juga pernah dipilih sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), yang memeterai kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Saya suka bola sepak. Saya berusia 60 tahun dan saya masih bermain dan menendang bola. Jika mereka mahukan saya, saya boleh bantu.
“Saya tidak pernah ditawarkan sebarang jawatan dalam FAM atau di mana-mana, kan? Mungkin saya terlalu kontroversi atau terlalu banyak bercakap.
“Tetapi 100 peratus mahu melihat bola sepak kita kembali pada tahap terbaik,” katanya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Sabtu lalu.


Leave a Reply