Tahu makan tapi apa resepi membuat nasi lemak secara ringkas?
Semua orang tahu bahawa nasi lemak adalah makanan tradisional yang terkenal di Malaysia. Setiap rakyat Malaysia bukan setakat mendengar tapi sudah tahu bagaimana rasa enak makanan bernama nasi lemak.
Masuk zaman moden ini, bermacam macam jenis nasi lemak sudah wujud di bumi Malaysia. Antaranya Nasi Lemak Burger, Nasi Lemak Pizza, Nasi Lemak Aiskrim, Nasi Lemak Sushi dan lain lain nama yang pelik didengar.
Ada juga segelintir yang ingin cuba membuat nasi lemak walaupun tiada pengalaman sebelum ini. Tidak mengapa, sekurang kurangnya kita boleh mencuba dan berani melakukan perkara baru. Berikut adalah senarai bahan bahan yang diperlukan untuk masak.
- Beras 2 pot
- 1 batangserai
- 3-4 helaidaun pandan
- 2inci halia
- 6-8biji lada hitam(pilihan)
- 1 kotakkecil santan kara
- 5 sudu makanminyak untuk tumis
- Garam campur serbuk perasa
- 3 cawan (ikut sukatan korang)
Cara membuat:
- Lepas kita rendam dalam beberapa jam, kita perlu basuh dan toskan beras(Anda juga terus basuh dan masak seperti biasa)
- Kemudian, panaskan minyak. Tumiskan serai, halia dan lada hitam serta daun pandan yang sudah disimpulkan.
- Apabila bau pandan sudah naik, masukkan santan dan gaulkan sahaja
- Sekarang masukkan air. Kalau beras sudah direndam, jangan banyak sangat air sebab beras dah kembang. Kalau belum rendam, masukkan sukatan air seperti kita masak nasi.
- Kacau sebati, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau dan tutup periuk. Tunggu sehingga santan didih. Kita hanya perlu tunggu didih saja.
- Bila sudah didih, kacau seketika dan masukkan beras.
- Bau nasi lemak akan naik wangi ketika ini.
- Kalau tiada apa apa, hidangkan nasi lemak di atas pinggan dan hiasilah dengan air tangan anda.
SIAP!!
Tidaklah susah sangat untuk membuat nasi lemak semudah ini. Kita hanya kerja keras dan usaha yang tidak putus walau hanya nasi lemak. Kongsikan juga ilmu ini pada rakan rakan anda.
Leave a Reply