Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

SIARAN LANGSUNG TERENGGANU VS SELANGOR LIGA SUPER 29.9.2023

Zik · Sep 29, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

TERENGGANU VS SELANGOR

Perlawanan Liga Super hari ini diantara pasukan Terengganu vs Selangor di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Gong Badak, Kuala Terengganu. Kali ini atas tiket Liga Super, piala Malaysia, Selangor dah goodbye. Mungkin ini adalah peluang untuk Selangor memperkukuhkan tempat kedua dalam saingan liga super 2023. Pasukan JDT dah confirm juara 2 hari lepas apabila melanggar rodbok pasukan PDRM 4-0 di laman sendiri.

Pasukan Selangor dengan 49 mata ditempat kedua, tempat ketiga kedah 44 mata. Bagaimanakah perancangan jurulatih Selangor, Tan Cheng Ho dalam mengukuhkan kedudukan tempat kedua.

Pasukan terengganu sekarang ini dia punya momentum dengan mencanak naik. So mungkin agak sukar untuk Selangor menyekat kemaraan pasukan Terengganu main ditempat sendiri lagi tuh.  Terengganu masih ada misi, piala Malaysia, Piala AFC. Harapnya pasukan Terengganu dapat memberi mata kepada negara dalam naikkan ranking pasukan kelab malaysia.

 

KEPUTUSAN TERKINI TERENGGANU VS SELANGOR LIGA SUPER 29.8.2023 [Read more…] about SIARAN LANGSUNG TERENGGANU VS SELANGOR LIGA SUPER 29.9.2023

Share this on WhatsApp

SIARAN LANGSUNG JDT VS PDRM LIGA SUPER 27.9.2023

Zik · Sep 27, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

jdt vs pdrm piala fa

JDT sudah boleh mengesahkan tempat pertama dalam saingan liga pada malam ini. Perlawanan Liga Super hari ini diantara JDT VS PDRM jam 9 malam ini.

Kebarangkalian untuk JDT menang memang terlalu besar. Apepun kita enjoy sahajalah game main bunga api last game malam nanti. JDT yang berada ditangga pertama dengan 61 mata, terlalu jauh untuk dikejar oleh tempat kedua iaitu Selangor 49 mata. 12 mata di depan, 4 game. Baki perlawanan dah tak banyak dah.

Jika menang game malam ini, JDT akan bergelar juara liga super 10 tahun berturut-turut tanpa gagal. Satu rekod yang sukar dicapai oleh mana-mana pasukan.

Apakah game menjulang piala Liga Super edisi 2023 ini akan pemain JDT akan bermain bersungguh-sungguh atau sebaliknya. Setiap game bak kata Asteban Solari JDT akan bagi all out punya. Apatah lagi bermain ditempat sendiri, Stadium Sultan Ibrahim. [Read more…] about SIARAN LANGSUNG JDT VS PDRM LIGA SUPER 27.9.2023

Share this on WhatsApp

Siaran Langsung PERAK VS SABAH SUKU AKHIR2 25.9.2023

Zik · Sep 25, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PERAK VS SABAH

Perlawanan suku akhir kedua di stadium Ipoh perak pada jam 9 malam ini. Sama ada Perak atau Sabah yang akan dapat slot ke Separuh akhir. Tiga slot telah dapat pasukan Pasukan JDT, KUALA LUMPUR dan Terengganu. Bulan 10 kita nak fokus dalam kempen pesta Merdeka. Piala AFC , dan juga liga Super.

Perak bangkit dua kali dalam pertembungan suku akhir pertama di stadium Likas. Adakah sentuhan magis Yusri Che Lah akan menjadi di Stadium Ipoh malam ini. Apa lagi semua datanglah ke stadium Ipoh pada malam ini memberi sokongan sebagai pemain ke 12. Datuk Ong Kim Swee tidak boleh pandang sebelah mata pasukan Perak sekarang ini sudah ada banyak peningkatan sejak dibawah Yusri Che Lah.

Pasukan Sabah yang menduduki tangga ke 4 dalam Liga Super dengan 42 mata berbanding pasukan Perak di tangga 11 dengan 26 mata. Bola itu bulat, jika tahu strategi dalam perlawanan penting seperti ini pastinya akan menghasilkan satu magis. Points dah tak jadi sandaran, semua bergantung kepada pemain dan strategi dari coach.

Video highlights Sabah 2-2 Perak suku akhir Piala Malaysia.

Pasukan Sabah ada penat sedikit minggu lepas ada piala AFC menewaskan pasukan Hougang United dari Singapura 3-1. Awal minggu ini jumpa pulak dengan Perak. Tetapi ianya bukanlah alasan buat pasukan Sabah membuat persediaan melepaskan piala ini ke tangan pasukan lain dengan mudah. Kalau mara, Sabah atau Perak akan bertemu dengan penyandang Juara, JDT. Keras beb. Apepun ianya satu pendedahan yang baik buat pasukan yang akan jumpa JDT. Kuat JDT , kuatlah liga kita.

Pasukan Sabah yang perlu diambil perhatian ialah Darren Lok dan juga Saddil Ramdani. Pasukan Perak ialah pemain import mereka, Luciano Guaycochea dan Wan Zack Haikal bekas pemain kebangsaan yang masih ada bisanya juga.  [Read more…] about Siaran Langsung PERAK VS SABAH SUKU AKHIR2 25.9.2023

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 65
  • Page 66
  • Page 67
  • Page 68
  • Page 69
  • Interim pages omitted …
  • Page 2099
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.