Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Siaran langsung JDT vs Bg Pathum United 12.12.2023

Zik · Dec 12, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

JDT VS BG PATHUM

 

Perlawanan terakhir kumpulan I hari ini diantara pasukan JDT vs Bg Pathum di stadium Sultan Ibrahim. Jumaat lepas baru habis game Piala Malaysia edisi 2023. Misi habiskan game yang terakhir dalam Piala ACL ,peringkat kumpulan. Biarpun peluang untuk mara sudah tertutup sudah sebenarnya. Tahun depan tak tahu macam mana pulak pasukan JDT nak hadap ACL format baru.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS BG PATHUM 12.12.2023 [Read more…] about Siaran langsung JDT vs Bg Pathum United 12.12.2023

Share this on WhatsApp

SIARAN LANGSUNG JDT VS TERENGGANU FINAL PIALA MALAYSIA 8.12.2023

Zik · Dec 8, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

JDT VS TERENGGANU

Perlawaan pentas akhir dalam saingan Piala Malaysia edisi 2023 hari ini di stadium Bukit Jalil 8 disember 2023. Mampukah skuad Terengganu menafikan kehebatan JDT  pada musim kali ini yang tiada kekalahan di perlawanan dalam liga Malaysia setakat ini.

Kalau tengok rekod head to head memang memihak kepada JDT  dalam rekod 5 perlawanan yang lepas. Tetapi terengganu juga pernah menewaskan JDT masa tuh Nafuzi Zain jurulatih. Sekarang pasukan Terengganu di kendalikan oleh  Tomislav Steinbruckner, asal dari Croatia. Ada dna seperti Bojan Hodak. Walaupun tidak berapa cemerlang di liga super. Tomislav dah bawa terengganu ke pusingan akhir piala Malaysia, dalam Piala AFC masih belum pasti lagi dapat pergi ke pusingan seterusnya, namun masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan. [Read more…] about SIARAN LANGSUNG JDT VS TERENGGANU FINAL PIALA MALAYSIA 8.12.2023

Share this on WhatsApp

CARA UNTUK REDEEM E-WALLET RM100.00- MAE, SETEL , SHOPEE PAY, DAN TOUCH N GO

Zik · Dec 4, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Tebus Ewallet Rm 100

Adakah anda layak untuk menebus kredit percuma Kerajaan bernilai RM100 pada 4 Disember 2023 hari isnin ini? Kita akan buat tutorial lebih lanjut bagi yang berminat untuk membuat penebusan eMadani melalui eWallet Touch n Go (TNG). Rugi tak tebus weii. Rm 100 tuh boleh tahan seminggu atau buat beli barang keperluan harian atau pun beli topup ke apa ke. Macam-macam lah. Dulu pernah dapat Rm 30 Ewallet dari menteri kewangan yang dulu, Lim Guang Eng Rm 30 hengget jer. Haha.

BILA BOLEH TEBUS, SAMPAI BILA?

Mulai 4 Disember 2023, JAM 8 PAGI INI sehingga 20 Februari 2024, tebus melalui 4 rakan e-dompet yang terpilih, iaitu Shopeepay, Touch n Go eWallet, Setel atau MAE. Yang lain kita tak pasti.

Syarat kelayakan TEBUS e-Wallet Rm 100 (E-Madani 2023). 

  1. Warganegara Malaysia (bukan orang asing) berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
  2. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
  3. Mempunyai pendapatan (gaji) dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setakat 15 Julai 2023.

10 JUTA ORANG LAYAK. 

Mengikut data yang dikeluarkan, lebih kurang 10 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan penerima STR atau mempunyai pendapatan yang mana pendapatan tahunan tersebut adalah RM100,00 dan ke bawah layak untuk menerima sumbangan kredit e-tunai eMadani berjumlah RM100 setiap individu.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.

Tarikh Tuntutan / Perbelanjaan

Tarikh pendaftaran dan penebusan adalah bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

TIDAK BOLEH DITUNAIKAN, BOLEH BELI BARANG FIZIKAL SAHAJA.

Kredit Rm 100 ini tidak boleh ditunaikan, hanya boleh barang atau perkhidmatan (services sahaja).

  • Buka salah satu aplikasi e-Dompet sama ada MAE, Setel, Shopeepay atau Touch’n Go eWallet
  • Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
  • Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘submit’
  • Anda akan menerima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda telah berjaya!
  • Dah boleh terus pergi shopping online boleh, secara scan kekedai yang ada menggunakan platform E-wallet ya.

4 Penyedia Perkhidmatan e-Dompet Terlibat

Empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah berikut.

  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • Touch’n Go eWallet

Penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran sepanjang tempoh program ini. Jadinya anda sendiri boleh belajar (study ) setiap syarikat yang terlibat apa yang diaorang tawarkan tuh.

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 58
  • Page 59
  • Page 60
  • Page 61
  • Page 62
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.