Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek

Zik · Mar 14, 2010 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

Salam semua, sedarkah kita bahawa dari pengumuman kerajaan MULAI 1 Mei, semua pemilik kenderaan perlu menunjukkan kad pengenalan MyKad terlebih dulu sebelum mengisi minyak petrol untuk dapat menikmati subsidi sebagai rakyat Malaysia. Inilah dasar yang bakal dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Puncanya? Demi untuk memastikan hanya rakyat Malaysia yang benar-benar menikmatinya kerana wujud sebilangan warga asing yang memasuki negara ini turut sama mengambil kesempatan daripada harga petrol yang disubsidi kerajaan pada masa ini.

Jika itu tidak cukup rumit untuk difahami, satu lagi dasar ialah mengenakan harga petrol berlainan mengikut kapasiti enjin. Lagi besar kapasiti, maka tidak layak dapat subsidi. Ini yang diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Pada masa ini, harga petrol RON95 di Malaysia ialah RM1.80 sen seliter dengan subsidi sebanyak 30 sen dari kerajaan dan tanpa subsidi ia berharga RM2.10 seliter.

Persoalan yang banyak berlegar-legar di kepala orang ramai adalah mengapa gara-gara pembelian petrol oleh warga asing, rakyat Malaysia pula menerima bahangnya? [Read more…] about Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek

Share this on WhatsApp

Perancangan yang berkesan

Zik · Mar 11, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Diantara ciri-ciri yang bagus untuk terus berdaya saing, dengan mempunyai strategi pengurusan diri yang teratur ialah dengan mempunyai matlamat yang jelas dan jangka masa  yang telah kita tetapkan (deadline).

Diantara contoh matlamat kita yang ingin capai, yang ini lebih kepada persendirian, berbeza dengan organisasi.

Show your target! (Tunjukkan matlamat anda).

Salam semua. Perancangan sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan. Jika anda mendapati perancangan itu mengancam anda, cubalah bekerja dengan perasaan ini. Perasaan anda amat penting dan mungkin sedang cuba memberitahu anda sesuatu. Sebagai contoh, anda sedang mengemas kini rancangan perniagaan tetapi tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya.

Apabila ini terjadi, carilah sebabnya. Perkara tadi mungkin terjadi kerana penangguhan yang datang daripada rasa takut akan kejayaan atau kegagalan- dan perkara tadi mungkin juga kerana anda malas- tetapi selalunya gerak hati anda akan cuba memberitahu anda sesuatu. Mungkin secara intuisinya anda tahu yang reka bentuk baju pejabat itu tidak bagus: inspirasi baru menonjolkan diri. Mungkin rancangan perniagaan anda membosankan; mungkin anda patut cuba menjadi lebih bercita-cita tinggi.

Sebaliknya, anda mungkin seseorang yang tidak pandai  merancang. Jika anda tidak pandai merancang, anda mungkin sudah mengetahuinya. Merancang adalah sesuatu yang menyiksakan bagi anda; anda mungkin lebih rela cabut gigi anda sendiri. Masalah sebegini ada jawapannya ; dinding perancangan yang perlu kita buat.

Merancang dengan memilih : sediakan dinding perancangan! [Read more…] about Perancangan yang berkesan

Share this on WhatsApp

Haiwan peliharaan.

Zik · Mar 11, 2010 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

Salam semua. Anda anda mempunyai haiwan peliharaan?

Jaga haiwan peliharaan kita dengan penuh kasih sayang!

Anda suka pelihara binatang? Jika ya, apakah binatang tuh?trends

HOBI membela haiwan peliharaan semakin banyak dipraktikkan oleh golongan masyarakat dizaman ini,  kerana ia boleh menjadi sebagai teman berhibur dan mengisi masa lapang. Namun, ada disebalik cerita yang nak menarik  yang hendak diceritakan disini.

Tanggungjawab Terhadap Haiwan.

Menyayangi haiwan peliharaan sama ada Ayam, Kucing, Arnab, Lembu dan sebagainya merupakan satu tabiat yang sangat baik dan patut dipuji, ini kerana Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua makhluk Allah, termasuk insan, haiwan dan juga alam sekitar. Bagaimanapun, menyayangi sesuatu ada batasnya, janganlah kita keterlaluan sehingga menyayangi haiwang seperti kucing melebihi kesayangan terhadap manusia.

Namun, hal ini sebenarnya sering terjadi dalam sesetengah masyarakat di negara-negara maju, anjing dan kucing mendapat pembelaan yang lebih istimewa, dari segi makan minum, kebersihan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, didapati beratus-ratus kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban setiap hari, akibat kerakusan kuasa oleh pihak-pihak yang mendakwa kononnya mereka telah maju.

Dari aspek bertentangan pula, kita dapati ada manusia yang keras tabiatnya, suka menzalimi haiwan, sanggup membunuh binatang tanpa sebarang dosa, semata-mata kerana kegemaran hidupnya memburu dan membunuh, seolah-olah haiwan dicipta Allah untuk diburu dan dibunuh.

Sikap ini juga pada pendapat zik, ia merupakan  suatu yang sangat keterlaluan, bahkan kegembiraan memburu binatang bukan suatu budaya yang terpuji pada zaman ini.

Balasan bagi yang menyeksa binatang! [Read more…] about Haiwan peliharaan.

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 2143
  • Page 2144
  • Page 2145
  • Page 2146
  • Page 2147
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.