
Gempa bumi yang berlaku
Gempa bumi yang berlaku diseluruh dunia memberi amaran kepada kita semua, bahawa bumi ini sudah tenat dah akan musnah pada suatu hari.
Apakah itu gempa Bumi? [Read more…] about Punca Gempa Bumi
Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss
Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Zik · · 2 Comments

Gempa bumi yang berlaku
Gempa bumi yang berlaku diseluruh dunia memberi amaran kepada kita semua, bahawa bumi ini sudah tenat dah akan musnah pada suatu hari.
Apakah itu gempa Bumi? [Read more…] about Punca Gempa Bumi
Zik · · Leave a Comment
Malaysia 2- China 1 (Gambar hiasan)Ipoh Perak. Semalam, Malaysia membuat kejutan dengan menundukkan Juara bertahan 2009, India 5- berbalas 2. Hari ini juga, Malaysia terus berjaya menundukkan Negara China yang dilihat semakin garang.
Separuh masa pertama, masing-masing berbalas serangan, namun kedudukan kekal 0-0 sehingga ke separuh masa pertama. Babak kedua, iaitu separuh masa kedua, memang begitu getir sekali. Malaysia berjaya menjaringkan Gol yang pertama oleh Muhammad Amin Rahim yang memukul deras pukulan sudut penalti pada minit ke-38 untuk menewaskan penjaga gol China, Su Rifeng. Keadaan yang hujan renyai menyukarkan pemain negara untuk terus mencari gol, untuk dalam keadaan yang lebih selesa.
Namun, dalam mencari gol, walaugaimanapun, China berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 selepas Liu Yixian menyempurnakan pukulan sudut penalti. Malaysia terus menggandakan asakan demi asakan demi mendapatkan 3 mata kemenangan selepas itu, tetapi serangan yang dilancarkan berjaya dikekang oleh barisan pertahanan China yang mula bermain secara agresif.
Malaysia berjaya memperoleh gol berharga menerusi Azlan Misrom pada minit ke-62. Kedudukan kekal sehingga masa perlawanan tamat. Keptusan muktamad dengan malaysia menang mendapat 3 mata penuh:
Zik · · Leave a Comment
Debaran Piala Dunia 2010 semakin hampirDemam World Cup dah bermula!
Piala dunia FIFA sudah hampir. Nampak bulan hadapan iaitu bulan 6 , demam bola akan datang kembali. Negara manakah yang bakal menjulang piala dunia 2010 untuk edisi kali ini? Mampukah Itali mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2006?
Bola itu bulat.
Banyak perkara , elemen yang perlu dititikberatkan, percaturan dalam meletakkan pemain, strategi formasi 4-3-3, 5-3-2, 4-4-2 dan sebagainya dalam perlawanan bola sepak. Faktor, jurulatih, attitude, penyokong semangat berpasukan dan juga yang terakhir ialah nasib ( bola itu bulat katanya!) menjadi faktor kejayaan sesebuah pasukan. Piala Dunia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan berbanding liga-liga Eropah, Sepanyol, Italy, German apatah lagi liga-liga Malaysia. Itu memang tidak dapat dinafikan sebab 4 tahun sekali dan sebab ia mewakili negara dan maruah yang harus dipertahankan.
Negara yang bertanding.
Sebanyak 32 negara bakal berentap di Negara Africa Selatan ini.
Negara bertanding mengikut kumpulanLagu tema World Cup 2010.
Lagu Waka Waka yang dinyanyikan oleh Syakira, blog bro tomyam ada cerita mengenainya.
Maskot world Cup 2010?
Maskot piala dunia 2010, edisi Afrika SelatanBinatang yang dinamakan Zakumi.
Zakumi bermaksud persatuan Afrika Selatan. “Za” menunjuk kepada Afrika Selatan. Sedangkan “kumi” bererti sepuluh, merujuk kepada 10 bahasa yang digunakan di negara tersebut. Binatang ini macam leopard, harimau bintang.
Menurut Sekretaris Jenderal FIFA, Jerome Valcke, maskot tersebut berada secara eksklusif di Afsel. Dia akan menjadi sejarah, kerana Afsel merupakan negara Afrika pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia.
“Zakumi mengeksprestasikan rakyat, geografi, dan semangat Afrika Selatan. Dia memperkenalkan Piala Dunia 2010. Kami yakin, semua orang akan puas dan bersenang-senang dengannya menjelang, selama Piala Konfederasi, juga selama Piala Dunia 2010,” kata Valcke.
Maskot itu berasal dari idea oleh seniman Afsel, Andries Odendaal dari Kota Cape Town. Rambut hijau di maskot itu merepresentasikan rumput lapangan sepakbola.
Bagi FIFA, Zakumi akan membantu membawa Piala Dunia 2010 di Afsel lebih besar, menyenangkan, dan tidak dilupakan. Dia juga akan menunjukkan kepada ribuan orang yang akan datang ke sana tentang kehangatan Benua Afrika.
Pasukan mana bakal juara? [Read more…] about Piala dunia 2010 semakin hampir!