Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 Untuk Kakitangan Awam : Bagi siri tuntutan Cuepacs bagi pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini, besarlah harapan Cuepacs Malaysia yang mahukan lebih daripada biasa. Apatah lagi Cuepacs Malaysia melihatkan sehingga ke hari ini, belum ada lagi penambaikan yang cukup komprehensif melibatkan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia. [Read more…] about Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015, bajet 2015
Keluarga dengan berpendapatan rm4000 kebawah dikecualikan cukai, bajet 2015
Berita baik lagi nih, kerajaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu antara satu hingga tiga mata peratusan, menjadikan 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai bagi tahun taksiran 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi mengukuhkan usaha membantu rakyat, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan juga tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.
Jaminan pm Gst tidak membebankan rakyat.
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan tidak membebankan rakyat kerana mereka yang menggunakan petrol RON95, diesel dan LPG bakal menikmati pelepasan cukai itu.
Berbeza dengan tanggapan kononnya GST akan menyebabkan kenaikan harga semua barang, Bajet 2015 mencadangkan lebih separuh daripada 944 barang dan perkhidmatan diberi penurunan harga hingga 4.1 peratus apabila cukai itu dilaksanakan.
Antaranya ialah ubat-ubatan, barangan elektrik, produk tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi dan bahan makanan seperti beras, daging, telur ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju supaya penggunaan elektrik yang tidak tertakluk kepada GST dinaikkan daripada 200 unit pertama kepada 300 unit, yang akan memberi manfaat kepada 70 peratus isi rumah.
Apepun ada sedikit kurang beban. Tapi tang gst tuh belum nampak lagi. Huhu.
Intipati budget 2015, Ekonomi keperluan rakyat!
Baru sahaja ds najib tun razak membentangkan intipati budget/belanjawan malaysia, 2015. [Read more…] about Intipati budget 2015, Ekonomi keperluan rakyat!

