Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

4 pasukan yang mara ke separuh akhir euro 2016

Zik · Jul 4, 2016 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

Portugal, Wales, Germany , dan France baru sahaja melayakkan diri ke tiket separuh akhir. Diantara 4 pasukan ini, aku tengok yang paling struggle ialah pasukan german terpaksa berhempas pulas untuk ke semi final. Jumpa team yang tough jugakla, terpaksa jumpa italy pasukan pilihan. Sedih betul. Takpe cuba lagi world cup nanti. Harap buffon main lain. Haha. Legend bhai .. 

<!–more–>
Pasukan portugal pulak 5 games straight 90 minit seri memanjang. Kena penalty jugak last-last. Manakala laluan bagi pasukan wales cukup cemerlang. France juga dilihat pasukan feveret, yerla pasukan tuan rumah. 

Perlawanan separuh akhir: 

Portugal vs Wales 

Germany vs France 

Portugal vs wales, aku rasa wales ada kelebihan untuk mara ke final. Tengok prestasi wales , dan laluannya gud2 je. Germany vs france sukar untuk diramal. Aku rasa Germany pun ada sikit goyang. Lawan team tuan rumah, bukan mudah. Player pun dah ramai injured, dah kutip kad kuning sorang dua dah miss match. 

Ayo jom kita ramalkan siapa ke final? Penulis meramalkan germany vs Wales. Sekian dari meja sukan… 

Share this on WhatsApp

Ucapan kreatif hari raya, edisi 2016

Zik · Jul 1, 2016 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

JOM layan ucapan kreatif raya yang aku copy paste dari laman web mforum.com dan sumber-sumber yang lain juga. Hehe. 

Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa,
Pejam celik dah 29 hari puasa,
Makin dipejam celik, makin banyak salah dan dosa,
Sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala,
Sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

<!–more–>

Ketupat rendang jadi hidangan,
Di pagi Syawal bersalam-salam;
SMS dikirim tanda ingatan,
Salah dan silap harap maafkan.

Ya Allah, Ya Rabbi Ya Tuhan Kami,
Sempena kedatangan Syawal yang barakah ini,
Muliakan dan sayangilah sahabatku yang sedang membaca SMS INI.
Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
Berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Berikan kepadanya kenikmatan ibadah,
Jauhkanlah dirinya daripada fitnah,
Suburkan benih Keislaman pada diri dan keturunannya, dan
Masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu tanpa hisab.
Amin Ya Rabbul’alamin
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Jika langkah membekas lara,
Jika kata merungkai dusta,
Jika jelingan jadi bisa,
Jika tingkah menoreh luka,
Jika suara menikam rasa,
Ampun dan maaf dipinta,
Hapuskan dosa tanpa dikira,
Agar sempurna sedia kala,
Tiada prejudis tiada wasangka,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

 

Faith makes all things possible.
Hope makes all things work.
Love makes all things beautiful.
May you have all of the three.
Happy Aidil Fitri

menawi tembung nyaperloni dora..
menawi jangkah membekas lara…
menawi manah kebak prasangka…
kaliyan menawi enten jangkah ingkang ndamel tatu.
mit dibukakan koriten apunten…
wilujeng Idul Fitri mit apunten lair batos

 

Malaysia : Salam Aidilfitri

Banjar : Salamat Bahari raya

Jawa : Sugeng Riyadin

Padang : Selamet Idul Fitri

Sunda : Wilujeng boboran siyam

Afghanistan : Kochnay Akhtar

Arab : Aid Mubarok

Bangladesh : Rojar Eid

Belanda : Eigendom Mubarak

Bosnia : Ramazanski Bajram

Bulgaria : Pritezhavani Mubarak

Chech : Vlastnictvi Mubarak

Cina : Guoyou Mubalake

Denmark : Ejet Mubarak

Finland : Omistama Mubarakiin

Inggeris : Happy Eid El Fitr

Israel : Bebe’lanat Mawba’rak

Itali : Proprieta Mubarak

Jepun : Chuuko Mubaraku

Jerman : Besitz Mubarak

Korea : Junggo mubarakeu

Croatia : Vlasnistvu Mubarak

Kurdishtan : Cejna Remezanê

Mesir : Ed Karim atau Eid Sahid

Aidilfitri datang hanya setahun sekali,
sejahtera hati bersih sanubari,
limpahan rezeki rahmat ilahi,
Salam Ramadhan hadiah pada diri,
sambutnya syawal indah berseri.

Kapal dagang dari arabian,
sedang berlabuh di sungai Pontian,
salah silap mohon maafkan,

Indah mawar tapi berduri,
andai tangan tak dapat berjabat,
fb dihantar pengganti diri di Aidilfitri,

Walau keluasan Atlantik tidak terkira,
Walau selat Melaka termaktub sejarahnya,
sempena Aidilfitri yang mulia,
ku mohon ampun harap diterima.

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin.

Pantun cina raya punya.. 

Hali laya sulah mali,
Baju raya 1 loli,
Satu tawun satu kali,
Wa mikin silap wa vely vely soli

Mata kadang salah melihat….
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada….

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======

______________________________

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin….

______________________________

Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga….
Janji yang terabaikan….
Hati yang berprasangka & …..
Sikap yang pernah menyakitkan….
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

______________________________

Selamat MeYambut Lebaran

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah…

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah…
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah…
Hati-hati bila pulang ke kampung… InsyaAllah…
Ingatlah Allah selalu… Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah…

______________________________

Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

______________________________

Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

 

Di pagi Syawal kita berhimpun
Bersalaman mesra tersenyum ceria
Oh damn aku tak reti pantun
Just nak ucap Selamat Hari Raya

 

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Sekian terima kasih. Bakal menyusul part2 kalau ada permintaan. 

Share this on WhatsApp

Portugal mara ke semi final tewaskan poland 2-1 (penentuan penalti)

Zik · Jul 1, 2016 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

Pasukan portugal menempah tiket ke separuh akhir apabila menang tipis ke atas poland 2-1. Setelah terikat 1-1 sehingga wisel penamat dan juga masa tambahan.

Poland terdahulu mengejutkan Portugal gol seawal minit kedua oleh lewandowski.

Namun portugal tidak berputus asa mencari gol penyamaan pada minit ke 33 oleh sanches assist by nani. [Read more…] about Portugal mara ke semi final tewaskan poland 2-1 (penentuan penalti)

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 1440
  • Page 1441
  • Page 1442
  • Page 1443
  • Page 1444
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.