Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Keputusan penuh senarai pemenang anugerah Skrin 2017 (mencipta fenomena)

Zik · Nov 4, 2017 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

TAHNIAH kepada semua finalis dan juga pemenang bagi anugerah skrin edisi 2017. Kali ini bertemakan mencipta fenomena sudah tentunya mengangkat pengkarya-pengkarya seni tanah air kita yang bertungkus lumus dalam mengecapi kejayaan demi kejayaan. Bagi pengkarya filem biasanya kita mahu lebih pergi jauh untuk memasarkan filem kia ke luar negara.

Keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Skrin ASK 2017 TV3. Malam gilang gemilang kemuncak Anugerah Skrin ASK kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada jam 9.00 malam Jumaat 3 November 2017. Malam kemuncak ASK 2017 dihangatkan oleh gandingan 3 pengacara antaranya Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk. Bagi aku boleh tahanlah tiga pengacara kali ini. Cuma banyak yang perlu diperbaiki selain. JIhan Muse tuh patutnya dah berehat tuh.. Esh bahaya tol. Nak buat macam mana dah job banyak , huhu.. GV 4 pun sama tuh, haha.

Untuk makluman, semua, anugerah kali ini mempertaruhkan 33 kategori bertemakan Mencipta Fenomena. Antara kategori utama yang dipertandingkan adalah Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Filem Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik.   [Read more…] about Keputusan penuh senarai pemenang anugerah Skrin 2017 (mencipta fenomena)

Share this on WhatsApp

Live streaming JDT vs KEDAH FINAL piala malaysia 2017

Zik · Nov 4, 2017 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

logo piala malaysia, piala malaysia 2015, piala malaysia 2015,

Pasukan manakah yang akan menjulang piala malaysia 2017? Bukan mudah untuk pasukan jdt untuk melangkah sejauh ini . Pasukan kedah ialah penyandang juara pastinya tidak akan mudah memberikan kejuaraan kepada pasukan jdt dengan mudah.

Kalau ikut kertas , rekod pertemuan lebih memihak kepada JDT tapi itu bukan jaminan kepada pasukan jdt untuk menang perlawanan malam ini. Ada yang pergi stadium hari ini? Kita harapkan semua penyokong dapat pergi awal selain jaga barang-barang berharga.

All the best buat kedua-dua pasukan JDT VS KEDAH.

Nantikan live streaming perlawanan sekiranya ada kita akan kongsikan kepada anda semua. Tunggu

 

 

Share this on WhatsApp

Sinopsis drama red velvet.

Zik · Nov 1, 2017 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Merupakan drama adaptasi dari Novel hot selling gitu. Aku baru dapat gambaran macam mana cerita ini berkisar tentang apa. Ramai yang mengkritik lakonan Neelofa yang terlalu kaku macam kayu. tetapi lakonan Aliff Satar sangat baik dan slumber gitu. Sekarang dah episod yang ke6.

Drama Red Velvet yang menggandingkan Neelofa dan Alif Satar sudah mula disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria dan Ria HD bermula 23 Oktober 2017 yang lalu.

Pelakon Drama Red Velvet

Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Fatin Afeefa, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana dan ramai lagilah.

Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Red Velvet karya Novelis Acik Lana dan drama ini mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini, plus watak Izzat itu memang sesuai dengan Alif Satar tu. Manakala watak Helena lakonan Neelofa itu kureng sketla.

Sinopsis Drama Red Velvet
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, iaitu suami kepada Suhaila. Boleh pulak macam tuh. Suhaila sendiri telah berjumpa Helena dan meminta Helena supaya tidak menggangu suaminya lagi, namun Helena langsung tidak mengendahkan permintaan Suhaila itu. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dia nak bunuh diri, tapi terjumpa izzat yang tengah lepak kat atas bukit tuh. Diaorang bertengkar pulak. Nak dijadikan cerita. Izzat bawak helena nih ke rumahnya. Mak dia ok je, jaga helena macam anak kandung dia.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena.

Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Dah mak suruh nak buat macam mana.

Tapi dalam duk bergaduh, sebenarnya izzat suka dekat helena tuh. Huhu. Sampailah, hati mereka berdua bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena akan terbongkar sewaktu mereka berdua asyik bercinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah hubungan cinta Izzat dan Helena bertaut semula?.

jeng-jeng.

Lagu Tema / OST Red Velvet
Sesungguhnya Aku Nyanyian Alif Satar

.

Sedap lagu nih.

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 1279
  • Page 1280
  • Page 1281
  • Page 1282
  • Page 1283
  • Interim pages omitted …
  • Page 2167
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.