Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / LRT bertembung: Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan siasatan – Wee Ka Siong

LRT bertembung: Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan siasatan – Wee Ka Siong

Zik · May 25, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
dr  wee ka siong,
Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kemalangan membabitkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya berhampiran Stesen KLCC malam ini.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.

Pertama kali berlaku dalam sejarah LRT beroperasi.

“Ini merupakan kejadian pertama kali selepas 23 tahun (LRT) Laluan Kelana jaya ini beroperasi. Kerajaan berasa sedih dengan kemalangan ini.
“Kementerian akan tubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kejadian ini dan esok Ketua Pengarah Agensi Pengakutan Awam Darat, Azlan Shah Al Bakri, akan menghantar laporan awal kemalangan ini kepada saya.
“Dalam tempoh dua minggu ini, pasukan petugas khas akan mengumpulkan hasil siasatan kepada saya dan dalam tempoh dua minggu kita akan kenal pasti sama ada ia disebabkan kesilapan sistem signal atau komunikasi, ataupun kesilapan manusia.
“Kita akan pastikan apa punca yang menyebabkan kemalangan ini berlaku,” katanya pada sidang media di Avenue K malam ini.
Skuad ‘task force’ akan ditubuhkan siasat insiden pertembungan LRT – Wee Ka Siong
BACA: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
Beliau juga memaklumkan, Prasarana sedang menguruskan perkhidmatan alternatif kepada penumpang di stesen lain yang masih terkandas.
Ka Siong juga menjelaskan, Prasarana akan memaklumkan dan mengemas kini pengguna LRT tentang gangguan perkhidmatan mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren bertembung dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung KLCC.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua mereka sudah dikeluarkan dan dihantar ke hospital.   
Share this on WhatsApp

Isu semasa kemalangan lrt bertembung tubuh pasukan siasatan, LRT bertembung: Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan siasatan - Wee Ka Siong

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.