Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Live streaming Pahang vs Selangor Liga Super 24.2.2019

Live streaming Pahang vs Selangor Liga Super 24.2.2019

Zik · Feb 24, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

logo liga super, liga super,

Perlawanan super sunday malam ini pahang vs selangor di stadium keramat tok gajah, Darul Makmur, Kuantan pahang menjadi satu medan pertembungan yang epik malam ini. Pasukan tok gajah menentang pasukan The Red Giant. Kita harap pasukan selangor bangkit malam ini memberikan tekanan buat skuad dollah salleh yang berada dikedudukan tempat ketiga sekarang ini. So pahang kena menang jika mahu berada ditempat pertama dengan kelebihan jaringan yang lebih dari kedah dan jdt.

Kedudukan terkini liga super setakat ini 23.2.2019 (semalam). 

carta liga super 2019,

Kedah, jdt dan pahang , pkns semua berada dikedudukan yang rapat sebenarnya.

Seperti kita sedia maklum, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang gigih melaksanakan reformasi di bawah kepimpinan baharu, DYAM Tengku Amir Shah telah memulakan aksi liga dengan hambar setakat 3 perlawanan lalu.

Di bawah kendalian ketua jurulatih, B. Sathianathan, The Red Giants sekadar merekodkan dua seri serta satu kekalahan besar di tangan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada minggu lalu.

Keadaan itu sedikit sebanyak menggoncangkan kem Merah Kuning sehingga memaksa mereka membuat beberapa perubahan seperti membawa masuk bekas pemain Kedah FA, Sandro da Silva Mendonca, Khyril Muhymeen (Perlis FA), dan Fandi Othman (PKNS FC). Mereka turut mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat Antonio German yang menampilkan aksi kurang memberangsangkan sepanjang 3 perlawanan lalu.

 

Disamping itu, penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia yang sedikit tenggelam persembahannya 3 perlawanan lalu turut memberikan amaran awal dimana beliau berkemungkinan menemui kembali sentuhan berbisanya di Kuantan, pada malam ini.

“Kehidupan manusia sentiasa berubah dan selepas setahun, pelbagai perkara menjadi berbeza. Kehidupan kita sentiasa bertukar pada setiap masa.

“Mungkin ketika ini saya hanya dapat menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan namun tiada siapa yang tahu mungkin saya dapat meledak empat gol pada aksi bertemu Pahang nanti.

“Bagi saya, apa yang lebih penting adalah kita sentiasa percaya kepada kemampuan diri kita sendiri,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.

 

Penyerang berusia 33 tahun itu turut kecewa dengan 3 keputusan yang diraih oleh Selangor dalam kempen Liga Super setakat ini namun beliau menegaskan skuad Merah Kuning fokus dan bangkit dalam perlawanan seterusnya termasuk bertemu Pahang pada malam ini.

“Sudah tentu kami sedih selepas gagal meraih kemenangan namun tiada siapa yang sempurna. Kami bekerja keras dan perlu menunjukkan peningkatan.

“Kami kekal positif dan sentiasa mengekalkan semangat berpasukan. Kami perlu memberikan yang terbaik bukan hanya ketika bertemu Pahang malah pasukan lain juga,” katanya lagi.

 

Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh pula bermula dengan langkah kanan pada musim ini dengan kembalinya ‘Orang Besi’ Dickson Nwakaeme yang telah menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan.

Selain itu, mereka turut diperkuatkan dengan kehadiran pemain lincah dari negara jiran, Saddil Ramdani dan juga pertahanan tinggi lampai, Herold Goulon.

Namun, Tok Gajah sedikit tempang pada malam ini apabila pemain tengah maestro mereka, Nor Azam Azih tidak dapat diturunkan ekoran mengutip kad merah dalam aksi menentang Melaka pada minggu lepas.

Rumusannya, perlawanan pada malam nanti amat menarik untuk kita saksikan. Adakah keputusan membawa masuk Sandro, Khyril, Fandi Othman dan menggugurkan Antonio bakal memberikan keputusan positif? Apa pula akan terjadi kepada B. Sathianathan jika terus mencatatkan keputusan yang suram di Kuantan, pada malam ini?

Tok Gajah ketiadaaan Azam Azih. 

Bagaimana pula Dollah Salleh mengendalikan Pahang tanpa Nor Azam Azih di bahagian tengah? Ini kerana azam azih yang mendapat kad kuning kedua pada perlawanan yang lepas so, dia digantung satu perlawanan. Mampukah Pahang terus menghambat Kedah FA dan JDT yang gah dengan 10 mata setakat 4 perlawanan ketika ini?

Segalanya akan terjawab pada malam nanti. Saksikan!

LIVE STREAMING PAHANG VS SELANGOR 24.2.2019. 

tonton di rakan media yang lain pahang vs selangor

pahang vs selangor 2019

Tengok dari youtube.com

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan live online pahang vs selangor liga super 24 februari 2019, live streaming pahang vs selangor liga super 24.2.2019, live streaming selangor vs pahang, siaran langsung pahang vs selangor 24.2.2019

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.