Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Live streaming malaysia vs bahrain 28.5.2021

Live streaming malaysia vs bahrain 28.5.2021

Zik · May 27, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia vs bahrain

Inilah perlawanan persahabatan yang terakhir sebelum perang sebenar yang akan menentukan sama ada pasukan malaysia mampu untuk bersaing hebat dikumpulan G ini. Indonesia sudah tersingkir, tetapi harus habiskan baki perlawanan. Masih bergelut untuk dapatkan tempat pertama masih open lagi biarpun vietnam kelebihan 2 mata didepan.  Malaysia dengan 9 mata.

Apepun perlawanan menentang bahrain ini penting buat skuad harimau malaya pada perlawanan malam ini sebab ianya untuk menaikkan morale pasukan kita. yang kedua ialah berkaitan dengan perang psikologi sebelum bertemu dengan UAE.

Malaysia Raking 153 dunia, berbanding dengan bahrain 99 beb. Harapnya kita tak perlu gentar dan takut dengan pasukan pak arab ini.

Ini adalah ujian terbaik buat harimau malaya. 

Sebab dia punya corak permainan UAE dengan Bahrain lebih kurang sama. Cumanya kita kena berhati-hati dibahagian pertahanan kena kental.  Memanglah pak dari segi fizikal kita kalah. Tetapi pasukan kita sudah ada natrulisasi mungkin boleh compete.

Apa jua keputusan aksi persahabatan menentang Bahrain bakal menjadi cerminan sebenar peluang skuad Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini nanti.  Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan mengharungi aksi persahabatan menentang Bahrain, Sabtu ini sebelum berdepan UAE dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 3 Jun ini.

Dua pertemuan itu cukup penting buat skuad negara kerana walaupun perlawanan berdepan Bahrain hanya aksi persahabatan, namun ia menjadi ujian terakhir sebelum kempen kelayakan.

Bahrain yang berada di kedudukan 99 dalam ranking dunia dan UAE di tangga 73, kelebihan di atas kertas tampak memihak kepada mereka dengan Harimau Malaya hanya menduduki tempat ke-153.

Mencabar diri sendiri 

Pertahanan tengah Harimau Malaya, Junior Eldstal bagaimanapun menegaskan aksi berdepan pasukan yang berada di tahap lebih tinggi seperti Bahrain adalah perlawanan yang bagus untuk semua pemain mencabar diri sendiri. ada kelebihan kita sampai awal, menyesuaikan diri fizikal dan mental.

“Kami sampai UAE awal, jadi kami boleh menyesuaikan diri dengan cuaca dan semuanya. Kami boleh persiapkan pasukan, dan melakukan apa yang kami perlu lakukan.

“Jangan takut sangat sebab tengok ranking Bahrain. Kita kena fokus kepada diri sendiri dan percaya kebolehan dan kemampuan kita di atas padang.

“Dia (Cheng Hoe) memaklumkan jangan takut dengan pasukan lain walaupun kita akan menentang pasukan seperti Bahrain dan UAE. Kita juga boleh menyerang mereka,” kata ketika sidang media yang diadakan secara maya, hari ini.

Selepas UAE, Harimau Malaya perlu mengharungi dua lagi baki aksi kelayakan berdepan Vietnam di Stadium Al Maktoum pada 11 Jun dan menentang Thailand di gelanggang sama, 15 Jun 2021 ini. Setelah banyak kali tarikh perlawanan ditukar banyak kali. Ini yang muktamaad.

Terserah kepada TCH. 

Selain itu, Junior menyerahkan kepada Cheng Hoe sama ada mahu memilih dirinya bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Shahrul Saad di posisi pertahanan tengah.

“Apa yang penting, saya bagi 100 peratus dalam latihan dan dalam perlawanan. Bermain dengan hati untuk negara saya. Tapi itu pilihan jurulatih, kalau dia mahu memang saya ada,” katanya.

Mampukah skuad kebangsaan buat yang terbaik pada malam ini nanti? Ianya bukanlah mudah ,tetapi ianya tidak mustahil buat skuad harimau malaya.

Live mana wei!! 

 

Kita akan sediakan. Dengar dah confirm rtm akan takeover live pada jumaat malam sabtu ini.
JANGAN LUPA
MALAYSIA VS BAHRAIN
MASA : 11 :45 PM
TARIKH 28.5.2021.

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan keputusan semasa malaysia vs bahrain 27.5.2021, keputusan terkini malaysia vs bahrain 27 mei 2021, live streaming malaysia vs bahrain 27.5.2021, live streaming malaysia vs bahrain persahabatan 27.5.2021, malaysia vs bahrain

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.