Sebahagian besar dari kita mesti pernah makan di Starbucks. Mungkin kita tak pernah, tapi rakan rakan atau saudara mara kita saja yang pernah pergi sama ada mahu lepak ataupun menyiapkan tugasan di sana. Tapi tahukah anda, anda juga boleh mendapatkan koleksi khas daripada Starbucks.
Restoran terkemuka dunia, Starbucks bakal melancarkan item kolaborasi selepas bekerjasama dengan syarikat lain iaitu Undefeated. Kerjasama ini dibuat selepas Starbucks berkolaborasi dengan Herschel Supply dalam menghasilkan produk gabungan tersendiri.
Dalam memperkenalkan item ini, Undefeated akan menggunakan warna hijau dan hitam pada barangan tersebut. Anda barangan yang akan berada di pasaran ialah topi, botol air, beg dan buku nota. Jangan lupa, apron juga akan dijual.
Anda boleh mendapatkan barangan istimewa ini dengan harga bermula RM58 sehingga RM148. Barangan ini akan dijual di cawangan terpilih Starbucks Malaysia bermula 8 Julai 2020 (Semenanjung) dan 14 Julai 2020 (Sabah & Sarawak). Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa setiap item tersebut adalah terhad seperti item Starbucks yang lain.
Sebelum ini, Starbucks yang bekerjasama dengan Herschel Supply pernah menghasilkan produk istimewa bersama seperti tumbler, mug, beg dan hip pack. Dua syarikat itu bekerjasama menghasilkan produk yang diperbuat daripada bahan kitar semula sempena Earth Day.
Untuk mendapatkan barangan istimewa kolaborasi Starbucks dan Undefeated dari secara atas talian, anda boleh mendapatkan di Telegram pengguna Twitter ini. Koleksi adalah terhad!
Fuhhh lain macam collaboration Starbucks yang latest ni. Order today sampai malam ni, dia release je esok terus Nisa ke outlet Starbucks utk beli! Ni koleksi LIMITED EDITION & tak semua outlet ada tau.
Boleh order dengan Nisa di Telegram channel : https://t.co/QNtVvkR67M pic.twitter.com/82yd6CTGEy
— Nisa Kay Murah Rezeki (@nisa_kay) July 7, 2020
Amir says
Wow menarik starbucks punya design colabs ni.