Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFF / INFO SIARAN LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS SINGAPURA PIALA AFF (AMEC 20.12.2024)

INFO SIARAN LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS SINGAPURA PIALA AFF (AMEC 20.12.2024)

Zik · Dec 20, 2024 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

MALAYSIA VS SINGAPURA

Ini adalah peluang hidup mati dalam perjuangan terakhir piala Asean Mitsubishi Electric Champhionsip edisi 2024, peringkat kumpulan. Kita tiada pilihan, kalah atau seri memang balik awal jawabnya. Kita lupakan pasal coach baru, pasal pemain yang kena main untuk kelab. Yang penting ialah fokus pada perlawanan yang terakhir peringkat kumpulan.

#MISI MENANG DAN LAYAK MARA KE SEPARUH AKHIR.

Biarpun target FAM kita layak ke final. Tapi aku berfikiran kita tak mampu untuk mara ke final. Kurang-kurang semi final kira macam bonuslah. Dengan persiapan yang agak  caca merba. Harapnya Pau Marti terus optimis pasukan main macam lawan dengan Thailand tempohari memang disiplin cukup baik. Cuma satu kesilapan dari penajga Haziq membuatkan kita pulang dengan Tangan kosong di stadium Raja Mangala tempoh hari.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A

  1. THAILAND 9 MATA
  2. SINGAPURA 6 MATA
  3. CAMBODIA 4 MATA
  4. MALAYSIA 4 MATA
  5. TIMOR LESTE 0 MATA

Timor Leste dah terkeluar dari misi ke separuh akhir. Yang masih ada peluang ialah Singapura, Kemboja dan Malaysia. Agak sengit last paper nih. Dia banyak kemungkinan. Tapi agak sukar buat Kemboja untuk menewaskan Thailand. Kalau kemboja menang, agak susah buat Malaysia untuk mara. Singapura hanya perlukan seri dan kemboja seri atau kalah baru singapura layak. Tetapi dia kalau menang dah confirm2 layak ke separuh akhir. Malaysia juga begitu, misi yang agak sukar bertemu dengan Singapura. Biarpun rekod pertemuan lebih memihak kepada Malaysia.

KEKUATAN SINGAPURA.

Agak sukar untuk memberitahu, persiapan skuad kita nak menentang pasukan Singapura bukanlah lawan yang mudah. Faris ramli, Anuar (muka baru). Harris harun selaku captain Singapura pastinya lebih tahu macam mana liga Malaysia dia banyak main untuk liga Malaysia agak lama. Juga dengan Faris Ramli yang lincah. Masa lawan dengan Thailand diaorang cepat buat attack dan try dari jauh. Cuma dari segi fitness dan pertahanan mungkin ada sedikit goyah masa lawan thailand. Kita tak nafikan pasukan Singapura dibawah coach yang baru ada peningkatan yang baik.

Kita harap pertemuan dengan Singapura pada malam ini menjadi satu perlawanan yang epik lah. Harap ramai yang datang ke stadium keramat kita, Stadium Bukit Jalil pada malam ini. Semalam jualan tiket agak slow baru mencecah 13++ dah nak 14 k. Aku rasa tak ramai kot yang akan datang dalam perlawanan pada malam ini. Sebab hari bekerja, kecuali, kelantan, johor, kedah, kelantan dan terengganu diaorang memang cuti. Aku salute kepada fans yang datang dari jauh, datang awal untuk memberikan sokongan pada yang tidak berbelah bagi.

KALAH BIARLAH BERMARUAH, MENANG@KALAH TAK LAYAK TAPI MAIN DENGAN SEPENUH HATI.

Pada pendapat aku , pasukan malaysia malam ini mainlah dengan penuh semangat biarpun ini bukan skuad terkuat kita, orang cakap Malaysia C. Percaturan Pau Marti dalam perlawnan misi hidup mati pada malam ini, buat sehabis baik. Pertahanan tuh kena betul-betul solid. Main macam lawan dengan Thailand tempohari. Penyerang tuh pun kita harap ada ciri-ciri seoarang naluri striker.

Kalau kalah pun biar main puas hati. Kita tahu sejauh mana kemampuan pasukan kita pada perlawanan malam ini. Sekiranya kita menang dan layak. Aku rasa di peringkat separuh akhir nanti. Confirm full house. Sebab bangsa final nanti mulalah nak datang bagi sokongan.haha. Sebab tuh kena buktikan dalam perlawanan misi hidup mati ini.

HARGAI PEMINAT YANG DATANG DARI JAUH SELURUH MALAYSIA.

Sabah sarawak, ada pemain anda yang bermain untuk skuad harimau Malaya pada malam ini. Diaorang pun memberi sumbangan kepada negara pada malam ini.  Hargailah peminat setia Harimau Malaya yang datang dari jauh. Habis duit beratus ribu semata-mata memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk harimau Malaya.

ULTRAS MALAYA GEMPUR SEBAGAI EKOR HARIMAU MALAYA.

Pastinya perlawanan ini menjadi perlawanan yang sangat penting buat pau Marti untuk membuktikan kemampuannya walaupun sebagai pengendali sementara harimau Malaya.  Tagline Ultras, Tak pernah lelah, pantang menyerah, hapuskanlah lawanmu. Inilah sumpah pendekar kita , demi ibu pertiwi. Ultras Malaysa fungsinya sangat bagus sebagai pembakar semangat buat pemain Malaysia, selain kita menggerunkan pihak lawan. Kasir geger itu player lawan. Tapi kalau jurang jauh, memang tak jadi apa. Hehe.

Jangan lupa perlawanan kita malam ini:

MALAYSIA VS SINGAPURA

20 DISEMBER 2024

MAS A: 9 MALAM

LOKASI : STADIUM KERAMAT , BUKIT JALIL

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA 20.12.2024

INFO SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS SINGAPURA PIALA AMEC 20.12.2024

TONTON DISINI 

YESTRO 

 

 

Share this on WhatsApp

AFF, Sukan info siaran langsung Malaysia vs Singapura piala Amec 20.12.2024, keputusan terkini Malaysia vs Singapura piala aff Amec 20 disember 2024, live streaming malaysia vs singapura piala afcc 20.12.2024, live streaming malaysia vs singapura piala amec 20.12.2024, malaysia vs singapura

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. INFO SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS SINGAPURA PIALA AMEC 20.12.2024 says:
    December 20, 2024 at 2:03 pm

    […] KEPUTUSAN ONLINE MALAYSIA VS SINGAPURA PIALA AMEC 20.12.2024 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.