Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / FRIENDLY / HARIMAU MALAYA MENGAUM TEWASKAN HONG KONG 2-0 !!

HARIMAU MALAYA MENGAUM TEWASKAN HONG KONG 2-0 !!

Zik · Mar 29, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

AKHYAR RASYID DAN FAISAL HALIM

Skuad kim Pan Gon berjaya menewaskan bekas kendalian pasukannya iaitu Hong-Kong ianya satu petanda positif untuk kempen kelayakan piala asia 24 februari 2024 (Qatar) nanti. 2 gol berjaya dihasilkan dan tanpa bolos dalam dua siri perlawanan persahabatan iaitu pertama menentang Turmenistan 1-0 dan malam tadi 2-0 keatas Hong Kong. Seramai 4593 penonton yang hadir memberi sokongan yang tidak berbelah bagi pada perlawanan malam tadi. Yerla kita faham bulan ramadhan hari biasa pulak tuh. Tak ramai lah yang datang. Lagi main dengan hujung selatan, susah orang dari atas tuh nak datang ke hujung tambak.

Apepun persembahan yang terbaik diberikan buat skuad harimau malaya , biarpun ada beberapa yang masih perlu diperbaiki lagi.

MASA TAMAT:  Malaysia 2-0 Hong Kong

Jaringan oleh :

Akhyar Rashid 18″

Faisal Halim 40″

  • Menang
  • Clean sheet
  • +4.821 mata
  • Next match: Jun 2023

DUA GOL SEPARUH MASA PERTAMA. 

Minit keempat, gawang skuad Harimau Malaya agak cemas apabila bola sepakan sudut Leung Kwun Chung tepat kepada Vas Nunez yang menanduk bola tetapi mujur terkena tiang gol kanan ketika penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sudah tertewas.  Tersentak dengan percubaan berbahaya skuad kendalian Joern Andersen, Harimau Malaya mula mengatur serangan dan usaha berterusan membuahkan hasil untuk gol pertama pada minit ke-18. Berpunca daripada kesungguhan

Satu dari hasil dari high pressure kepada pemain hong kong pada ketika itu keeper nak clear, Paulo Josue yang berjaya merampas  (winning ball possesion) bola dari kaki pertahanan Hong Kong dia sempat menolak bola kepada Faisal Halim yang bertindak mengumpan bola kepada Akhyar Rashid yang merembat tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan penjaga gol, Yapp Hung Fai.  Kalau ikut, juga 2 gol dah bolos pasukan kita, satu kena tiang satu lagi tersasar sikit. Kita juga yang dapat peluang lebih manfaatkan peluang yang ada.

Pasukan Harimau Malaya menumpaskan Hong Kong 2-0 selepas jaringan gol dari Akhyar Rashid & Faisal Halim.#MASHKG

Sorotan penuh boleh disaksikan di Youtube Astro Arena pic.twitter.com/qbqJi2sJOq

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 28, 2023

Anak didik Andersen (Hong Kong) hampir menyamakan jaringan pada minit ke-35 selepas berlaku salah faham antara kapten Dion Cools dan Shahrul Saad yang menyaksikan Poon Pui Hin pantas menggelecek bola masuk ke dalam kotak penalti dan merembat bola leret tapi hanya sipi di sebelah kanan gawang. Ini kalau team lain, mana dia boleh terlepas peluang macam tuh.

Gol kedua adalah hasil dari gerakan sebelah kanan, darren meluru memberi trough ball kepada Faisal halim yang di tengah lari laju menewaskan 3,4 orang yang cuba menahan beliau mengelicik berjaya merembat ke sebelah kanan. Kaw padu gol. Terus dia lari dan kita semua saing-saing sebut “siuu”. Menangis Faisal Halim ketika berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukan malaysia ketika itu.

 

Faisal Halim first goal 2023???? pic.twitter.com/uCrFzQwQRD

— Pecinta Bola Sepak Malaysia (@PcntaBolaSpakMy) March 28, 2023


jaringan faisal halim

 

siu faisal halim

Sempat lagi dia nak siuuu.. ramai2 sambut…. haaa amik…

Sedar kemenangan berada di genggaman, skuad Harimau Malaya tampak memperlahankan rentak permainan dan kerap mendominasi setiap posisi dan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan mengulangi pencapaian ketika aksi menentang pasukan yang sama pada 1 Jun lalu.

SEPARUH MASA KEDUA. 

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Malaya menggandakan asakan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-53 berpunca daripada bola umpanan Faisal membuka ruang buat Darren memperdaya benteng pertahanan Hong Kong tetapi bola rembatan leretnya sekadar sipi dari gawang gol.

Selang seminit kemudian Faisal terlepas peluang mencetak gol kedua peribadi apabila lorongan Darren Lok pemain Sabah ini  gagal merembat bola tepat ke gawang pelawat ketika Hung Fai sudah tertewas. Sikit jer lagi tuh. Kalau masuk tuh memang down habislah pemain Hong Kong. Gua dah menjerit dah tuh.

Pada pertembungan menentang Hong Kong, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon melakukan empat pertukaran apabila menyenarai Shahrul Saad dan Quentin Cheng di posisi pertahanan manakala di posisi tengah Nooa Laine turun dalam kesebelasan utama bersama Nor Azam Azih.

Man of The Match. Aku vote buat faisal halim biarpun dia tak main full, satu assist dan satu gol. Memang cantik beb.

 

Share this on WhatsApp

FRIENDLY, Sukan HARIMAU MALAYA MENGAUM TEWASKAN HONG KONG 2-0 !!, keputusan malaysia vs hong kong persahabatan 28.3.2023, ulasan malaysia 2-0 hong kong

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.