Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Alam sekitar

Alam sekitar

Earth day setiap hari!

Zik · Apr 26, 2010 · Leave a Comment

Selamatkan bumi hijau kita!

Earth day 22 haribulan April setiap tahun!

Tarikh rasmi untuk Hari Bumi ialah 22 April setiap tahun. Bagaimanapun, sebenarnya untuk menyelamatkan bumi kita kempen ini harus dilakukan setiap hari! Di laman blog bro tomyam pun ada cerita mengenainya.

Sejarah Hari Bumi!

Sejarah Earth Day berasal dari sebuah idea seseorang yang bernama Gaylord Nelson, beliau adalah seorang Senator dari negara Wisconsin. Kerana  prihatin dan  menyayangi bumi ini maka lahirlah Earth Day.

Perhatian Senator Nelson akan masalah yang ada pada bumi ini membawa dia untuk berjumpa dengan Presiden John Kennedy di tahun 1962 (pada masa itu) dan mengusulkan sebuah ‘national conservation tour’. Bersetuju dengan usul ini, Presiden Kennedy melawat sebelas negara bahagian (states) dalam waktu lima hari untuk membicarakan mengenai pemeliharaan hari bumi. Walaupun national tour ini tidak begitu berjaya pada mulanya, namun dari peristiwa inilah benih-benih pergerakan mengenai gerakan ini mula mendapat perhatian seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Pada tanggal 22 April 1970, sejarah mencatat bahawa kira-kira 20 juta orang Amerika mengambil bahagian dalam protest besar-besaran menuntut perbaikan dalam lingkungan hidup sekitar. Setiap tahun program ini berjalan, dan masyarakat masih terus memperingati Earth Day setiap tanggal 22 April.

Di tahun 1990, 20 tahun setelah demonstrasi pertama dilakukan, sejarah Earth Day berubah. Kali ini, Earth Day mulai disambut secara secara global, menggerakkan 200 juta orang di 141 negara dan mengangkat status masalah lingkungan hidup (environmental issues) ke peringkat dunia.

Bagaimana untuk selamatkan bumi kita?

3 konsep!

Banyak cara yang dapat kita lakukan dalam meneyelamatkan bumi kita. Namun hanya 3 konsep penting yang ingin dikongsikan. Iaitu Recycle, Reuse, dan Reduce. (kitar semula, menggunakan semula, dan mengurangkan)

Jika kita tidak kitar semula, kita membazirkan sumber-sumber yang berharga. Tetapi apabila kita kitar semula, hasilnya sungguh menakjubkan.

KURANGKAN!

Kurang adalah lebih baik! Kurangkan sampah adalah mudah – ia boleh dilakukan di rumah atau di pejabat. Berikut adalah cadangan untuk anda.

Dirumah.

  • Hindarkan berbelanja tanpa berfikir semasa membeli barangan runcit. Sediakan senarai barangan yang harus dibeli bagi mengelakkan dari berbelanja sewenang-wenang.
  • Belilah barangan rumah yang kerap digunakan dengan saiz besar atau saiz ekonomi. Ini boleh menjimatkan wang dan mengurangkan sampah. Bingungkah anda bila memilih produk yang hendak dibeli? Jangan risau! Ketika memilih antara dua produk yang sama, pilihlah produk yang menggunakan bungkusan yang minimal. Kurangkan sampah kertas dengan menggunakan kain buruk, sebagai ganti pengelap kertas untuk membersih.

Di pejabat. [Read more…] about Earth day setiap hari!

Sambut Program Earth hour di kampung baru.

Zik · Apr 3, 2010 · 1 Comment

Sebelum earth hour

Pendapat anda mengenai program earth hour?trends

Salam semua. Sudah beberapa hari sebenarnya program earth hour berakhir. Macam mana dengan sambutannya? Menggalakkan? Apa-pun, zik cuma sambut dirumah, memandangkan banyak kerja harus diselesaikan. Rumah pun dekat dengan KLCC, amik jela gambar dari rumah secara live. Hehe

Semasa earth hour!

Rumah kami pun bergelap selama satu jam. Semoga penjimatan yang dimaksudkan dari kesan pemanasan global ini, bukan publisiti semata-mata. Memang ramai orang mempertikaikan, kerana ia banyak menelan kos jutaan wang ringgit .

Pada pendapat zik sendiri sebenarnya ialah tanggungjawab menjaga bumi hijau kita adalah tanggungjawab kita semua sebagai penduduk bumi ini sendiri, tanpa mengira kaum, agama, negara mahupun pendapat!.

Kita jangan nak memperlekeh, menjatuh, mem “boooeew” kan program-program yang berbentuk seperti ini. Itu pendapat masing-masing ok!

Hal ini, kerana, generasi yang akan datang belum tentu dapat menikmati apa yang kita rasa pada hari ini. Sedarlah semua, jangan lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah. Selamatkan bumi hijau kita.

Program Earth Hour.

Zik · Mar 7, 2010 · Leave a Comment

Selamatkan bumi Hijau Kita!!

Salam semua. Bulan hadapan iaitu, bulan march, iaitu  pada pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam, hari  Sabtu 27 March 2010.

Apakah itu Program Earth Hour?

Ia merupakan suatu program yang mana kita cuba untuk mengurangkan tenaga eletrik selama hany asatu jam. Sebernarnya walapun hanya satu jam, ia memberi maksud yang mendalam mengenal erti penjimatan, keprihatinan dan sebagainya.

Pengenalan.

Earth Hour mula pada 2007 di Sydney, Australia semasa 2.2 juta kediaman dan syarikat-syarikat balik lampu padam mereka selama sejam bagi menjadikan mereka menahan perubahan iklim. Hanya setahun kemudian dan Earth Hour telah menjadi sebuah pergerakan kemampanan global dengan lebih daripada 50 juta penduduk merentasi 35 buah negara menyertai. Mercu tanda global seperti, Sydney Harbour Bridge, The CN Tower di Toronto, The Golden Gate Bridge di San Francisco, dan Rom Colosseum, benar-benar berdiri dalam kegelapan, kerana simbol-simbol mengharap-harapkan satu sebab yang tumbuh lebih mendesak oleh jam.

Pada Mac 2009, beratus juta orang mengambil bahagian dalam Earth Hour ketiga. Mengenai 4000 buah bandar dalam 88 buah negara secara rasmi memadamkan untuk berikrar sokongan mereka untuk planet, membuat Earth Hour 2009 iklim global terbesar dunia inisiatif perubahan.

Earth Hour 2010 jumlah yang diambil tempat pada hari Sabtu 27 Mac pada 8.30pm (waktu tempatan) dan adalah panggilan global untuk tindakan untuk setiap individu, setiap perniagaan dan setiap masyarakat sepanjang dunia. Ia satu panggilan untuk berdiri, untuk mengambil tanggungjawab, untuk ikut campur dan menunjukkan jalan ke masa hadapan yang mampan.

Selamatkan bumi hijau kita. [Read more…] about Program Earth Hour.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 22
  • Page 23
  • Page 24

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.