Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / 65 peratus rakyat selangor terima air percuma! Selangor kini

65 peratus rakyat selangor terima air percuma! Selangor kini

Zik · Nov 6, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

empangan air,

Berita baik untuk warga selangor, air percuma buat orang selangor. Tapi dalam 20 meter perpadu setiap bulan dengan syarat pendapatan seisi rumah bawah rm4000.00

SHAH ALAM, 1 NOV: Kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pengguna berdaftar bakal menerima manfaat pemberian air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan berkuat kuasa 1 Mac 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemberian air percuma 20 meter padu itu akan diberikan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dan berpendapatan bulanan isi rumah bawah RM4,000.

“Program ini tidak diberikan kepada semua sebab sekarang kita tumpu kepada mereka yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah dengan anggaran 65 peratus daripada pemilik akaun atau lebih 600,000 pengguna akan menerimanya bermula Mac tahun hadapan.

“Bagaimanapun, sehingga Mac tahun hadapan, kita masih meneruskan air percuma kepada semua yang menikmatinya sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Pembentangan Belanjawan #Selangor2020, di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, program itu dibiayai secara perkongsian kos dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sekali gus membolehkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan yang ada bagi pembangunan lain.

“Pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan sekarang akan terus menikmati keistimewaan ini sehingga 29 Februari 2020,” katanya.

Amirudin berkata, pengguna yang mahu terus menikmati Skim Air Darul Ehsan hendaklah membuat permohonan baharu dan tempoh pendaftaran dibuka sehingga 31 Disember 2019.

“Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat secara dalam talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sumber baharu air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber bekalan bagi menampung permintaan sehingga 2060 melalui Pelan Induk Sumber, Pembekalan, Permintaan dan Pengagihan Air di Selangor.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman air percuma selangor, air percuma selangor 20 meter padu, air percuma selangor 2020, berapa meter padu air selangor 2020, cara nak mohon air percuma selangor, permohonan air percuma selangor, permohonan air percuma selangor 2020

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.