Duniaku hari ini.
Peperangan yang berlaku dahulu, hari ini , esok dan akan datang tidak pernah akan berhenti…
Mereka yang rakus, tamak, ego dengan pangkat, hanya menggunakan lidah, untuk memutuskan sesuatu peperangan..
Mereka ibarat tuhan..
Rakyat yang tidak berdosa, menderita, ketakutan, bertempiaran kesana kemari, berhujankan darah, bersembunyi di bangunan yang sudah runtuh…
hilang arah, hilang tujuan, tiada tempat mengadu…
Hanya doa dan harapan yang tidak pernah putus-putus..
Sedangkan orang atasan, (mereka itu) bersuka ria, bercuti, menonton tv melihat rakyat menderita, mereka suka melihat derita rakyat yang terlalu takut dengan keadaan ini….
Kekuasan ekonomi, politik kotor dan juga rampasan kuasa yang sangat keji….
Dimanakah keamanan yang ku pinta?? Dimanakah naluri seorang manusia yang cintakan kedamainan??
Aku percaya suatu hari nanti rakyat disana pasti bangkit…rakyat mesir sudah bangkit, rakyat malaysia??
Ingatlah generasi sekarang dan akan datang, janganlah kita pentingkan kekuasaan… ingatlah asal-usul kita.. , nikmat itu akan ditarik bila-bila masa sahaja..
Palestine will be free!!
Iklil says
Inilah pntingnya muhasabah pd stiap kali d prsimpangan jln mujahadah..
kita perlu renung kmbali siapa diri kita..
Kita HAMBA – dgn sbb tu kte xkan trgamak utk mlakukan kezaliman atas bumi yg ber’tuan’ ini..
Kita jg KHALIFAH – maka sbg khalifah hndaklan brlaku adil kpd sluruh umat, x kira agama, bangsa, jantina atau kturunan..
kmudian ingat 1 hal lg..ke mana kita akn pergi slps hidup ini…
kita xkan trlepas dr MATI.. org yg mlakukan krosakan atas muka bumi ni dh mmg2 x ingat mati…huhu~
zik says
insyallah… kita berusaha yang terbaik…
Ismail N says
peace bro!
Zik says
peace no war….
adele says
peperangan takkan berkesudahan selagi nafsu masih ada kt dunia ni..
Zik says
nafsu yang harus ditentang!!
suri says
bila amarah meguasai diri semua jadi angin bertiup kencang..
bila kebencian bermaharajalela syaitan pula bersuka ria..
bila hancur luluh tiada siapa yg ambil peduli..tapi percayalah bhwa peperagan ituu tak akan terhenti kerna dlm kalam telah termaktub peperang itu takan berakhir sampi bila-bila..
Zik says
ada pulak yang jadi batu api..
tengkorak emas says
kita perlu kembali kepada fitrah, sukakan kebaikan dan berkasih sayang..serta sabar dalam apa jua, menahan diri dari melakukan maksiat itu bersabar, menahan diri dari tergoda dengan kekuasaan itu juga bersabar..
apabila tidak bersabar, maka kita bertindak di luar kawalan, dengan membunuh dan sebagainya..
Zik says
kembali ke jalan yang benar… ingatlah kita semua..
Firdaus Kasim says
peperangan yg lebih dasyat pasti akan berlaku suatu hari nanti..
Zik says
mungkin masanya akan tiba… tak lama lagi..
nasslimdiet2 says
harap-harap negara kita sentiasa aman.
Zik says
Amin2..
Miss Tira says
Peperangan tiada membawa apa-apa erti melainkan kehancuran dan kemusnahan yang melahirkan sifat amarah dan dendam seterusnya melahirkan lebih banyak peperangan.
Zik says
yang diatas terus bersorak.. yang dibawah terus menderita…
Rajdev says
Semoga kite berada dalam aman sentiasa
Zik says
sama-samalah kita berdoa…
shamizu says
cewah bakat terpendam bro.
Biar dunia sentiasa aman. Perang tidak membawa apa-apa makna. Yang menang jadi arang. Kalah jadi abu
Zik says
tidak memberi apa keuntungan pun…
MDHAFiZ.NET says
usah bicara tentang kemajuan ISLAM jika kita sendiri x mahu meyokong ISLAm..usah berbicara tentang perjuangan jika kita sendiri takut akan risiko 🙂
Zik says
kalau takut dalam perjuangan… baik potong jer..huhu
akubiomed says
Berperang tidak semestinya bersenjata kerana kita pun berperang dengan diri sendiri untuk menangkis godaan syaitan untuk terpesong dari jalan yang benar
Zik says
perang… dingin pun ada juga..
hakmi says
hmmmm…baca sambil berdiri atas meja…macam sekolah dulu…..koya penyair terulung kihkihkih…….
Zik says
amboi kiranya dulu seorang penyair terulung lah..
muhammad fakhruddin says
Sajak ini bagus.
Sedangkan orang atasan, (mereka itu) bersuka ria, bercuti, menonton tv melihat rakyat menderita, mereka suka melihat derita rakyat yang terlalu takut dengan keadaan ini….
Kekuasan ekonomi, politik kotor dan juga rampasan kuasa yang sangat keji….
Dah macam gaya Usman Awang ni 😉
Zik says
hehe.. takdalah…
tehr says
bila nafsu menguasai akal
keindahan hancur tak kekal
kondo hanya tinggal bangsal
anak cucu kelak yang kesal
Zik says
anak cucu menjadi mangsa…
Khidhir says
pandai bro zik bersajak..
Zik says
baru belajar jer bro..
bEe says
Kita sbg rakyat sentiasa tidak mahukan peperangan apatah lagi melibatkan mentaliti. Tp, sbg rakyat juga kita menadah pelbagai jua peperangan…. 🙁
Zik says
tanpa kita sedari kita adalah juga yang menyumbang kepada peperangan
aimannajmy says
satu lagi karya termayshor dari bro zikri keep it up
Zik says
makasih..