Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Kos melepas yang perlu kita tahu

Kos melepas yang perlu kita tahu

Zik · Feb 11, 2013 · 15 Comments

Share this on WhatsApp

http://img210.imageshack.us/img210/439/opportunitysmall.gif

Apa khabar anda semua?? Hah, dah lama tak serius untuk menulis dalam tajuk yang agak berat dan sememangnya menjadi satu kupasan yang menarik untuk diperbincangkan. Memandangkan ada sedikit masa yang boleh diluangkan bersama blog usang ini. Hehe.

Istilah kos melepas (oppotunity cost).

Sebenarnya dalam istilah ekonomi ´opportunity cost´ begitu diterima di mana-mana, merentas batasan bidang ekonomi itu sendiri. Prinsipnya sering digunakan manusia (kadang-kadang digelar oleh para ilmuan dalam bidang-bidang tertentu), apabila merujuk tentang peluang dan pilihan.

Peluang dan Pilihan, take note!

Peluang yang lebih menguntungkan bebanding pilihan-pilihan yang sedia ada, sebab kita kesuntukan masa, atau kekurangan sumber (duit ), tenaga kerja, mesin dan lain-lain yang membataskan terpaksa kita selaku managing director perlu membuat pertimbangan yang waras .So kena buat kira-kira.Mana yang lebih menguntungkan atau kita rasa ini lebih berbaloi walaupun tak untung mana pun. Banyak faktor-faktor kita kena ambil kira , bukan dari segi kos sahaja, kesan jangka masa panjang kita kena ambil kira semua itu ok.

Asalnya pendefinisian kos melepas ialah apabila kita terpaksa memilih daripada dua atau lebih peluang, dan terpaksa mengorbankan peluang yang selain daripada pilihan yang dibuat. Jadi yang tidak dipilih itulah kos melepas.

 Pilihan & Kos Melepas – 2 perkara asas dalam ekonomi adalah :
i. Keperluan membuat pilihan
ii. Mengenal pasti kos melepas bagi sesuatu pilihan yang dibuat.
( Individu & masyarakat terpaksa membuat pilihan antara pelbagai alternatif; dan kos melepas adalah nilai bagialternatif terbaik yang terpaksa dilepaskan)

Dalam buat pilihan penilaian kos & faedah akan dijadikan asas. Konsep kos melepas ialah kaedah pengukuran kos & faedah yang tepat dalam ekonomi. Kos melepas bagi laksanakan sesuatu aktiviti ialah faedah terbaik terpaksa dilepaskan kerana laksanakan aktiviti tersebut. Faedah yang dilepaskan ialah faedah yang boleh diperolehi apabila pilihan alternatif terbaik dipilih.

Contoh senario.

Bnayak sangat contoh yang boleh terjadi dalam kehidupan kita, boleh jadi dalam keputusan harian ataupun dalam urusan perniagaan, apepun ia bergantung kepada situasi itu sendiri.

Katakan anda mempunyai pilihan antara membeli sebuah kereta baru dan membayar untuk pembedahan yang akan menyelamatkan nyawa anda. Jika anda memilih pembedahan, maka kos kehilangan peluang anda adalah kereta yang anda tidak beli itu.

Sebaliknya, jika anda memilih untuk membeli kereta dan tidak menjalankan pembedahan, mengakibatkan kematian anda, maka kos kehilangan peluang anda adalah nyawa anda sendiri!

Katakan anda mempunyai pilihan antara menyertai koperasi perniagaan dengan bayaran RM 10 seumur hidup atau  membayar RM 10 untuk membeli makanan. Katakan dengan JSS-Tripler anda akan memperoleh keuntungan RM100 setahun. Jika anda memilih untuk membeli makanan, maka kos (kehilangan) peluang anda ialah RM 100.

Jika anda memilih untuk menyertai kooperasi, maka kos (kehilangan) peluang anda ialah  hilang kepuasan yang anda akan nikmati daripada makan.

Mengambil keputusan untuk tidak menyertai kooperasi, juga mendedahkan diri anda kepada kos (kehilangan) peluang. Kos peluang adalah apa yang anda boleh perolehi dengan menyertai kooperasi persatuan.

Dalam kebanyakan kes, jika anda menyertai sesuatu porgram atau persatuan, dan anda tidak membuat apa-apa wang daripadanya. Ini bermakna tidak akan ada kos melepas jika tidak menyertai program seperti ini.

Jadi, mudah membuat wang dan kemungkinan bahawa anda akan membuat wang adalah kriteria yang paling penting.

Share this on WhatsApp

Ekonomi apakah itu kos melepas, contoh senario kos melepas, definisi kos melepas, erti kos melepas, kenapa perlu ada kos melepas, kos melepas, opportunity cost

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. etuza says

    February 11, 2013 at 10:22 am

    infor menarik…masih ingat tak etuza…

    Reply
  2. hanafi abdullah says

    February 11, 2013 at 2:07 pm

    Memang topik ini agak berat juga namun sangat penting dalam kehidupan kita.

    Reply
  3. sharinginfoz says

    February 11, 2013 at 4:19 pm

    Ingatkan kos untuk kita mlepas

    Reply
    • zool says

      February 12, 2013 at 12:00 am

      lain macam bunyi.. melepas apa tu?

      Reply
  4. zool says

    February 12, 2013 at 12:00 am

    pernah belajau dulu2 .. sekarang dah tak ingat

    Reply
  5. azura says

    February 12, 2013 at 2:08 am

    sebaiknya jangan lepaskan kos melepas

    Reply
  6. titan says

    February 12, 2013 at 7:11 am

    aku dah lama tak study kemahiran hidup nih..

    Reply
  7. John says

    February 12, 2013 at 7:26 am

    agak ingat² lupe…

    Reply
  8. hafizmd says

    February 15, 2013 at 4:37 pm

    As salam bro zik..

    Lama tak jenguk sini, sekali terus baca pasal kos melepas ni..ingat melepaskan apa tadi.. =)

    Nampaknya, ambe tak berapa cekap dalam bidang ni,tp masih dapat tangkap serba sikit..thanks bro berkongsi

    Reply
  9. khairul asrol says

    February 16, 2013 at 7:44 pm

    bila cakap pasal cost ni teringat dulu belajar pasal prinsip akaun.

    Reply
  10. wandisini says

    February 16, 2013 at 7:54 pm

    lama betul tak singgah sini. sekali singgah, terkenang pulak zaman belajar prinsip ekonomi dulu-dulu. cuma tak ada keluk-keluk je kat sini.hehe…

    Reply
  11. Jawatan Kosong Kerajaan says

    February 18, 2013 at 10:41 am

    boleh pening nie.

    Reply
  12. Kamal Mustafa says

    March 1, 2013 at 11:39 pm

    Naik pitam KM dah haa

    Reply
  13. Ahmad Fikry says

    December 29, 2013 at 1:55 pm

    Assalamualaikum sahabat. Terima kasih atas info yang sangat berguna ini. Alhamdulillah. Saya kena belajar tentang kos melepas ni.

    Reply
    • Zik says

      December 29, 2013 at 6:00 pm

      W’alaikumussalam..terima kasih. semoga kita dapat praktikkan dalam kehidupan seharian… ia bukan dalam bisnes sahaja.. bahkan dalam keputusan yang bakal mengubah nasib kita .. tak siapa yang tahu…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.