Categories: Akademik

Pengguna dan tanggungjawab part 4

Sambungan yang terakhir siri kepenggunaan.

Pengguna seharusnya ada satu badan yang menjadi satu medium untuk dilindungi dari ditindas oleh mereka (peniaga) yang tidak bertanggungjawab. 

PERLINDUNGAN PENGGUNA

Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:

  1. Barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk makan atau diguna pakai;
  2. Maklumat yang diterima sama ada pada label barangan, pada risalah-risalah kerajaan/swasta adalah benar, cukup serta  mudah difahami supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan   kepada maklumat yang ada;
  3. Pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa ada unsur paksaan atau ugutan;
  4. Pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah  pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;
  5. Sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;
  6. Pengguna dilindungi melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan
  7. Pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan  tanggungjawab di pasaran.

Apabila teknologi sudah semakin berkembang dinegara kita.

Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan  peningkatan taraf hidup mendorong pengguna mudah  berbelanja.

Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difahami oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna.

Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba   mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan.

Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawal selia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.

Penutup.

Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual.

Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undang-undang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri.

Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.

Sebenarnya pecahan-pecahan dalam isu pengguna dan tanggungjawab itu luas. Banyak perkra yang masih tidak disentuh. Apa-pun ia akan dikupas dengan tajuk yang hampir sama. Cuma, ada sedikit penambahan.

Sumber pmr.penerangan.gov

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

1 day ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

2 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

6 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

6 days ago

CONTOH SURAT PERMOHONAN TAPAK VENDING MACHINE, PDF, DOC FILE FORMAT

Sekiranya anda sudah dapat lokasi yang strategik dalam business vanding machine. Perlu membuat surat permohonan… Read More

6 days ago