Categories: Sukan

Keputusan penuh suku akhir kedua piala fa 21/4/2015

Keputusan perlawanan suku akhir kedua dalam kempen piala fa edisi 2015. Pasukan terengganu dan kelantan mendominasi permainan malam ini. Geng sek pantai timur nampaknya semakin hebat lorr nih.
Jom kita tengok keputusan penuh perlawanan.

Perak (0) vs (2) Terengganu

Jaringan :
Paulo rangel 22″
Issey Nakajima 55″

Aggregate :

Perak (1) vs (3) Terengganu

Terengganu sudah mengesahkan mara ke separuh akhir dan bakal bertemu dengan pasukan dari seberang tambak (the lions xii) rasanya sebab dia dah leading 2-0 keatas jdt ll. Esok kita akan tahulah macam mana keputusannya.

Kelantan (3) vs (0) Sime Darby

Penjaring :
Badri radzi 41″ (penalty)
Iwuji Augustine 58″
Erwin Carillo 74″

Kelantan mara ke separuh akhir menewaskan sime darby di gelanggang keramat kota bharu, kelantan. Bakal bertemu dengan pasukan pahang. Fuhhh memang tough perlawanan separuh akhir nanti. Pahang juara bertahan akan bertemu dengan kelantan, pastinya sengit nanti.

Ulasan perlawanan.

Separuh masa pertama dilihat kelantan menguasai permainan, cuma dari segi finishing tak berapa nak menjadi. Sime darby ada juga sekali dua membuat serangann, tapi penyudahnya sangat lemah. Kelantan didepan apabila piya dijatuhkan dalam petak penalti. Dengan mudah piya menyempurnakan sepakan penalti itu. Kelantan di depan dengan aggregate 2-1.

Separuh masa kedua, permainan lebih rancak dan ganas. Banyak kad kuning dilayangkan. Namun lebih penting dua gol dari kelantan merancakkan permainan malam tadi. Gol kedua dari pemain import iwuji dengan sepakan kencang ke sebelah kiri gawang sime darby. Apabila wan zack haikal dimasukkan, idea serangan pun makin banyak. Kelantan terus mencari gol selesa erwin pemain import baru meledak gol hasil dari hantaran yang baik kepada beliau dan menyudahkannya dengan baik sekali.

Dah minit-minit terakhir fakri baru nak dimasukkan, dan sapa entah aku pun tak berapa nak kenal. Asakan semakin banyak, tetapi agak lewat dan mensia-siakan peluang yang terhidang depan gol tuh.

Esok jangan lupa pulak :

JDT ll vs LIONS XII
PAHANG VS PENANG FA

Adakah akan ada kejutan dari pasukan yang ketinggalan gol ini?? Kita saksikannya esok ok!!

Sekian dari meja sukan zikri husaini melaporkan untuk anda semua.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

    • Kelantan dibawah azraai khor sudah nampak ada keserasian diantara pemain.. keep it up the good work

  • Ulasan saya utk 4 pasukan yang mara ke top 4 piala F.A

    1 - Pahang selaku juara bertahan nampak masih konsisten dengan prestasi mereka dalam piala F.A ini. Peluang utk ke final masih terbuka dengan syarat konsistensi mereka terus kekal sahaja.

    2 - Kelantan berjaya keluar dari zon siri kekalahan mereka. Dengan merekrut 2 pemain import baru nampak tuah bersama mereka dengan azraai khor...ditambah lagi dengan baju kaler pink itu turut memberikan impak kepada azraai khorr... :D

    3 - Skuad ganu juga berjaya mara ke separuh akhir 2015 piala F.A ini. Antara pencapaian terbaik mereka setelah 2-3 musim terumbang ambing sebelum ini. Mungkin kelibat cikgu rahman bersama penggempur mereka paulo rangel byk membantu pasukan.

    4 - Lions saya tak byk info dapat utk tahun ini. Namun dari result liga nampak skuad fandi ahmad terumbang ambing. Cuma bila lawan dengan mereka di gelanggang keramat - padang rumput tiruan banyak memihak kepada mereka.

    Predit FINAL :

    Pahang VS Terengganu

    * Ulasan dari meja buruk kafe warung si bongkok bukan pakar taktikal mcm hafizal hamad & hasnizam uzir ... :D

  • tengok juga tapi tak tahu nak berikan kupasan macam mana adoi..apa layan jugalah sesekali .ahai..

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI LIVE MALAYSIA VS CHINA PIALA THOMAS 4.5.2024

Pertarungan demi pertarungan, peringkat kumpulan, 2 hari yang lepas, suku akhir, hari ini kita bertarung… Read More

2 days ago

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

3 days ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

5 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

6 days ago