Categories: Uncategorized

JDT tewaskan Suwon 2-1 di stadium Sultan Ibrahim 3.3.2020

Tahniah buat pasukan JDT berjaya menewaskan pasukan dari kelab korea Suwon 1-0 di laman sendiri. Macam tak percayalah, tetapi itulah pasukan jdt mampu sebenarnya membuat kejutan di tempat sendiri. Biarpun aksi pertama kita tewas 1-5 dengan pasukan Vissel kobe dari Jepun. Perlawanan kedua, jdt membuktikan, bukan sekadar jaguh kampung.

ISKANDAR PUTERI, 3 MAC: Syukur,akhirnya Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menundukkan Suwon Bluewings FC 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Gol skuad Harimau Selatan itu disumbangkan Gonzalo Cabrera dan Mauricio Nascimento masing-masing pada minit ke-12 dan ke-72.

Gol dari gonzalo cabrera apabila Diogo dijatuh dalam kotak penalti ketika hantaran through pass yang tepat kepada diogo namun dia dibengkes.  Bila dapat peluang sepakan penalti, Cabrera menjaringkan gol pertama dengan menyepak disebelah kiri, namun dapat dibaca keeper Suwon ini tetapi sepakan cabrera yang lebih deras menewaskan penjaga gol. Kita depan dengan 1-0.

Suwon, menyamakan kedudukan. 

Kegembiraan jdt tidak berpanjangan apabila diseparuh masa kedua, gol tunggal kelab bola sepak dari Korea Selatan itu dihasilkan menerusi jaringan Terry Antonis pada minit ke-51. satu sepakan yang tidak dikawal ketat, menyepak ke sebelah kanan gol post, menyebabkan farizal marlias hanya tergamam melihat bola itu , sekali masuk dalam gawang lahh. Mungkin dia pun tak jangka bola tuh masuk.

Nascimento, gol kemenangan buat jdt 

Pada minit ke 72, jdt meneruskan percubaan untuk mencari gol kemenangan. Ianya berhasil apabila Nascimento berjaya menanduk masuk bola hantaran Nazmi Faiz menewaskan penjaga gol lawan, No Donggeon. Memang cantik hantaran Nazmi tuh, lencong dan terus menanduk masuk ke gawang.

Dengan kemenangan itu, JDT berjaya mengumpul tiga mata meletakkan mereka di tangga kedua bagi Kumpulan G saingan ACL.

KEDUDUKAN KUMPULAN G : 

  1. VISSEL KOBE 6 MATA
  2. JDT 3 MATA
  3. GUANGZHOU EVERGRANDE
  4. SUWON BLUEWINGS.

Tahniah buat jdt, perjalanan jdt di peringkat acl ini masih terlalu jauh tambah lagi dengan keadaan di seluruh dunia kita sedang tular wabak covid 19 harapnya dapat diatasi. Sebab jadual perlawanan mungkin ada ubah lagi nih. Sama-samalah kita doakan semoga lekas selesai wabak ini. Amin.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

4 hours ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

3 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

7 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

7 days ago