Categories: Kerohanian/Keagamaan

Imam muda minggu ke 4 2011 (krisis identiti)

Minggu lepas, iaitu minggu ke3 kita melihat prestasi 10 imam muda memberangsangkan dengan semua mendapat markah yang tinggi baik teori mahupun praktikal. Tiada penyingkiran dilakukan untuk minggu lepas.

Kedudukan imam muda minggu ke3:

  1. IM Hassan
  2. IM Azlan
  3. IM Fakrul
  4. IM Nazrul
  5. IM Ammar
  6. IM Fatah
  7. IM Najdi
  8. IM Mujahid
  9. IM Ali
  10. IM Fadli
  11. IM Zikri Husaini (huhu)

Tema minggu ke4 : Krisis Identiti

Nampaknya tugasan untuk minggu ke4 semakin mencabar, para IM telah diberi  tugasan untuk menyelami kehidupan golongan yang mengalami krisis identiti ialah  gelaran yang lebih tepat ialah”mak nyah”Mereka asalnya lelaki, namun diatas sebab-sebab yang tertentu telah menyebabkan mereka ini terkeluar dari landasan asal kejadian.

Sebelum tugasan:

Sebelum tugasan, para imam muda mencuba untuk berlakon sebagai seorang mak nyah. Lakonan IM Nazrul memang menjadi. Kelihatan IM Ali merasa agak geli dengan telatah nazrul tersebut. Lain pulak dengan version IM Fatah ,Amar dan Fadli. Mereka cuba berhadapan dengan situasi dengan seperti itu.

Jadinya mereka bertanya kepada Ustaz Dato Zawawi untuk tangani dan berhadapan dengan situasi seperti ini. Banyak perkara yang ditekankan iaitu jadi pendengar yang baik, selami dan cuba memberi sokongan.

Hari tugasan:

Pada hari tersebut, setiap Imam muda ditugaskan untuk menemubual dan cuba menyelami setiap hati mak nyah yang terlibat dalam program tersebut.

Dalam pada itu juga, 10 IM ini turut serta dalam program AIDS AWARE di jalan Chowkit  tak pasti apa program dia, hari aids sedunia. Mendekati para mereka yang terjebak dan pendedahan tentang bahaya aids ini. Menyelami masyarakat yang hidapi HIV dan cuba sebaik mungkin memberi sokongan kepada golongan ini.

10 IM ini menemu ramah golongan mak nyah yang bermacam-macam ragam. Dan ramai juga yang bertanyakan persoalan keagamaan kepada imam muda. Ada yang ada yang tak, sebab pengalaman yang ada mungkin boleh mendalami masalah ini dengan sebaik mungkin.

Siapa jadi pembaca khutbah dan tazkirah.

IM Fadli – Tazkirah , IM Ali – Khutbah di  Masjid Saidina Osman,Bandar Tun Razak.

IM terbaik untuk minggu ke 4

IM Hassan telah dipilih sebagai peserta terbaik untuk minggu keempat. Ianya dikira berdasarkan kesungguhan dan semangat yang ditonjolkan oleh imam muda pada minggu ini, bukan dari markah teori dan praktikal semata-mata. Sebagai ganjaran, IM Hassan dihadiahkan pakej perlancongan 3 hari 2 malam di Acheh, Indonesia tajaan AEROWANA TRAVEL. Wah bestlah IM Hassan.

Soal jawab bersama ustaz Zulkarnain.

Pelbagai persoalan yang ditanyakan kepada Imam Muda. Ia pernah disentuh mengenai jenis khunsa. Kalau tak silap, apa yang ditanya ada dua. DAn kalau diterangkan memang ada pecahan yang tertentu .

5 Soalan imam muda :

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan hidayah Allah ?
  2. Terangkan takrifan ajaran sesat?
  3. Terangkan 3 ciri yang didapati dalam ajaran ajaran sesat di Malaysia ?
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan AL- MUSAHAQAH ?
  5. Sebutkan dua kesan negatif homoseksual ?

Jawapan:

1. Hidayah adalah petunjuk dari Allah yang dikhususkan kepada orang orang yang tertentu.
2.  Ajaran sesat ialah ajaran yang menyeleweng dari agama islam

3.

  • Mengaku dirinya sebagai nabi dan mendakwa menerima wahyu.
  • Mempercayai nabi lain selain Nabi Muhammmd SAW.
  • Mendakwa semua agama adalah sama.

4.    Wanita yang melakukan hubungan seksual dengan wanita.

5.
  • Tidak tertarik kepada wanita.
  • Penyakit kelamin seperti AIDS dan lain lain.

Penyingkiran:

Masa inilah yang ditunggu dan mendebarkan buat para IM kita dan tuan Mur, tiga Imam muda mendapat markah terendah antara 10 imam Muda. Iaitu IM yang selalu dipanggil hampir setiap minggu: IM Najdi,IM Ali, dan IM Fadli.

Semasa Mudir Hassan ingin mengumumkan Imam muda yang bakal terkeluar, IM NArul tampil kehadapan memohon agar tuan mudir tidak menyingkirkan mereka semua bertiga. Namun, tuan mudir dia akan berbincang dengan semua tuan mursyid untuk membuat perkiraan.

Komen dari tuan musyid:

Hargai masa, ujian bertulis harus ditumpukan sepenuh dengan study , nota-nota dan sentiasa sama-sama berusaha. Jangan pentingkan diri sendiri. Apabila dalam peperiksaan bertulis, murshid tidak dapat membantu. Wujudkan suasana keluarga, bantu membantu. Penilaian IM semua dengan ujian praktikal tiada masalah. Cuma masalah dari segi teori.

 

Keputusannya:

Dan setelah keputusan dibuat, berdasarkan kuasa veto yanga ada pada Mudir dan para Murshid bersetuju untuk mengekalkan ketiga tiga Imam Muda tersebut. Dan ini sangat menggembirakan IM Nazrul dan Imam Muda yang lain. Kelihatan ketiga tiga Imam muda tersebut sebak dan menitiskan air mata  melihatkan usaha IM Nazrul yang cuba sebaik mungkin. Mereka semua ini dah macam adik beradik dah , mesra bangat sih.

Resolusi IM Krisis Identiti:

  1. Kami menyokong fatwa antarabangsa yang menegah segala jenis “menggubah ciptaan ALLAH” tanpa sebarang yang diiktiraf oleh pakar.
  2. Masyarakat jangan terus menghukum golongan mereka ini, namun pendekatan dakwah yang sebenar ialah mendekati dan menyelami perasaan mereka sebelum membimbing ke jalan yang diredhai oleh ALLAH.

Untuk menonton boleh dibawah ini :

 

Cr to guatv.com dan copy paste dari hazman abdullah.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

20 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

20 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

1 day ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

4 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

4 days ago