Categories: Pengumuman

Iklan merdeka raya petronas 2011

Petronas tidak pernah terlepas untuk setiap tahun menyeponsor video yang menyentuh emosi penonton televisyen. Namun untuk tahun ini,  konsep yang ditampilkan agak berbeza, walaupun ringkas dan tidak berapa nak touching pun sebenarnya!. Apatah lagi apabila perayaan terbesar umat Islam tahun ini diraikan bersama-sama dengan kita menyambut tarikh kemerdekaan.

Apa kelainannya??

Petronas mencuba membuat kelainan iklannya iaitu dengan memberikan penghargaan kepada tangan yang sebenarnya memang banyak jasa kepada diri kita sendiri.

Celebrate the Values We Believe In (Meraikan Nilai Kita Percayai)

Iklan Merdeka Raya 2011 memberikan penekanan kepada apa yang dilakukan dan diceritakan manusia menggunakan tangan mereka. Selepas memahami nilai begitu berharga milik sepasang tangan, menyuruh para penonton berfikir sendiri apakah mesej yang cuba disampaikan secara tersirat.

Sebagai contohnya, tangan- tangan yang bersalaman adalah simbol ampun dan maaf. Tangan-tangan yang penuh dengan parut dan calar menunjukkan kerja keras dan kekuatan. Tangan adalah simbol ideal kepada keperibadian kita. Ia bukan lagi mengenai kepentingan menyampaikan nasihat atau memberi pengajaran kepada penonton, tapi iklan tahun ini adalah satu bentuk penghargaan kepada rakyat Malaysia. Melalui interpretasi di tangan mereka, iklan ini adalah untuk meraikan nilai-nilai yang mewakili rakyat Malaysia.

Tempoh iklan lebih kurang dalam 1 minit 2 saat ini dihasilkan dengan penuh pengisian, yang mana ia berjaya menyuntik emosi dalam setiap pergerakan tangan, seorang pekerja buruh/petani/pekebun tangan yang kotor bekerja,  seorang wanita menadah tangan  berdoa ketika sembahyang, seorang guru yang menulis mengunakan kapur di papan hitam di sekolah, seorang pakar bedah menyelamatkan nyawa, mahupun seorang lelaki buta membaca tulisan Braille.

Jom layan video iklan petronas dibawah ini:

Petronas Ad… doing it different this year inside their FB page. #sayasukamalaysia.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

5 hours ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

3 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

7 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

7 days ago