Ya, bertemu lagi dalam rancangan yang dah lama tak buat. Aku pun dah lupa nak buat. Kali ini, kita akan discover macam mana nak jadikan batang mancis boleh digores sebanyak 2 kali. Biasa guna sekali jer dah tak boleh kali ke2. Mari aku tunjuk caranya. Sila rujuk di video bawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Satu kotak mancis dan batang mancis yang belum digunakan.
- Marker hitam (untuk mengaler batang mancis yang belum digunakan) Apapun ia terpulang kepada warna kepala batang mancis itu, kalau biru, merah, guna warna yang sama.
Apa yang perlu dibuat:
- Sila warnakan satu batang mancis dengan marker hitam, tujuannya adalah untuk nampak sudah terbakar dan letakkan batang mancis itu disembunyikan dalam tangan kanan (rujuk video), dan perlu berhati-hati jangan kantoi!. (kalau kidal terbaliklah).
- Mula-mula demo, bakar satu batang mancis yang ada didalam kotak mancis itu.
- Kemudian, anda matikan api yang telah digores itu dengan mengoncang-goncangkan dengan kekanan kekiri dengan pantas.
- Sambil goncang itu, anda cepat-cepat buang batang mancis yang telah dibakar itu jauh-jauh ke kanan/kekiri (memang tak nampak kalau laju-laju goncangnya.
- Kemudian, cepat-cepat ambil batang mancis (telah dimarker) yang disembunyikan dalam tangan anda itu.
- Tunjuk kat kat kamera, dah terbakar batang mancis tuh. (padahal yang sudah diwarnakan dengan marker hitam).
- Kemudian, bakar sekali lagi.
- Hah, kan nampak dua kali digunakan.
Nota: Memerlukan banyak latihan, dan pastikan mancis yang disembunyikan itu tak nampak. Jangan bakar batang mancis itu penuh-penuh, atau banyak cukup sekadar kepala dia jer yang terbakar(kalau tak kantoi nanti!). Dan ia sesuai ditunjukkan dalam versi video macam atas ini. Tak susah orang nak tengok2 dulu, apa ada dekat tangan. Selamat mencuba!
haha lamo doh xmaen magik2 nie…tp ade lg 2-3 magic yg masih diamalkan utk diberi kejutan expcially to awek2 😀
2,3, magik… wahhh….tunjuk satu…
hehe..
dah agak..
selamat mencuba …hehe
huhu camtu ke huhu
erm.. belasah jer..
mcm2 kepandaian zik ni.. mcm david copperfield..
dulu sy pernah ke Tianjin China.. orang2 cina ni mmg kratif..derang menjual mancil yg boleh digunakan byk kali.. bukan lighter tp mancis.
boleh menjimatkan kalau boleh guna banyak kali
kawe ada beli gak video magic ni dari kedai utk anak-anak. Masaalahnya knowledge ialah satu tapi nak implementasi tu satu hal lagi ehhh.Tangan magician selalunya cepat dan perlu banyak latihan. Ada sesetengah trick tu perlu lebih dari latihan, ia perlu skill dan bakat semulajadi.
kalau dah bakat.. senang lah.. kan..
Kena pantas dan cergas, tangan kena laju je gerak. Otak pun kena laju je fikir. Tengok org buat magik, selalu terfikir macam mana dia buat
latihan demi latihan…
Magic ni perlukan latihan yang kerap untuk pastikan tangan/jari kita boleh melakukan silap mata itu tanpa kesilapan. Bukan senang nak buat ni. 😉
usaha tangga kejayaan.. hehe
simple sangat lah..bagi yang agak best sikit lah zik. boleh aku tunjuk kat anak buah aku
nanti aku buat yang gempak sikit… tunggu ..huhu
Best..best..nak cubala..=)
cuba jangan tak cuba…
Memula nak test depan anak2 dulu…hehehe
Kalau menjadi buat kat opis lakk….
yastrothemagic….hahahaha x boleh blah la…:)
yastro magic… wah boleh nih..hehe
magic bermulakita tak perasan heee..nak buat byk latihan ni 🙂
banyak benda nak kena buat…
Kalau tahu dek budak-budak kecil ini adalah aktiviti yang bakal dibuat semasa cuti sekolah. Jangan terbakor rumah sudah
erkk.. terbakor tidor kat khemah lah jawabnya..hehe
nampak benar menipu…. 🙂
like
Walaupun simple tapi blh try kat budak2 nih…he3
nampak simple.. tapi kalau buat mula2.. memang tak jadi… huhu
Wow, boleh try nnti..
Thanks sharing
teirma kasih kembali..
nmpk beno nipunye, kene pandai bakor ni, huhu
bakor kasi terbakar depan jer…
wah dah jadi magician dah.
hebat bro huhu 😛
belum .. banyak lagi kena belajar tuh
best-best. lama dah tak tengok magik ni
jadi penonton pun ok dah..hehe
nizam ada silap mata yang jenis masukkan duit atau rokok dalam tangan…. hehehe
boleh share kan kat blog bro…best tengok benda2 silap mata ni walaupun sy pandai tengok je. tapi tak pandai buat
silap mata ni best kalau tunjuk kat budak2… 🙂
try pun best ni…
Budak2 mudah percaya trick macam ni.
Budak2 mmg suka shangatttttttttttttttttt 😳
dah pernah try.. tangan kena api hak2
erm kasi lama2 sikit… tunggu betul2 sejuk… hehe
Zik tak nak try trick pisang berbuah dua kali? hahaha
next time…keh2
Seronoknye main magic ni kan…
Heheheh bolehlah cuba, try & test 😉
erm.. nak try magik lain yang lebih mudah lepas nih…
Terima kasih kerana berkongsi helah dan untuk berkongsi siaran ini. Saya akan cuba dengan segera.