Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Zakry-Fairuzizuan mara pusingan ketiga( Kejohanan Dunia 2013 Guangzhao, China)

Zakry-Fairuzizuan mara pusingan ketiga( Kejohanan Dunia 2013 Guangzhao, China)

Zik · Aug 8, 2013 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

beregu malaysia mara ke pusingan ke3, guanzhau kejohanan badminton 2013,

Masih dalam mood raya nih, dapat pulak keputusan yang yang melegakan buat pasukan badminton negara setelah beregu campuran terkandas di pusingan pertama.

Guangzhou: Zakry-Fairuzizuan mengekalkan momentum kemenangan apabila mengesahkan slot ke pusingan ketiga selepas melakar kejutan ke atas pilihan ke-14, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dari Russia 14-12, 21-15, 21-16 pada pusingan kedua di Gimnasium Tertutup Tianhe semalam.

Walaupun beberapa kali pernah menyambut Aidilfitri di luar negara namun beregu ke-14 dunia itu menyifatkan kali ini ia lebih istimewa kerana ia adalah kali pertama mereka meraikan Syawal untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia.

Balas kepercayaan

Bagi Zakry, tiada apa yang lebih bermakna buat mereka selain menghasilkan keputusan cemerlang di bumi Guangzhou dengan sekurangnya-kurangnya menepati sasaran separuh akhir ditetapkan penaja utama mereka, Li Ning selepas terpaksa meninggalkan keluarga ketika Aidilfitri demi mengejar impian untuk bergelar juara dunia.

“Saya harap pengorbanan kami yang terpaksa menyambut Aidilfitri di sini (Guangzhou) tahun ini membawa tuah kepada kami. Lagi pun, bos kami (Li Ning) menetapkan sasaran separuh akhir untuk kami, kami harap boleh mencapai sasaran itu bagi membalas kepercayaan mereka yang banyak membantu kami,” kata Zakry ketika ditemui semalam.

Tugas getir pusingan ke 3, bertemu beregu jepun pilihan ke 4!!

Zakry-Fairuzizuan bagaimanapun dijangka berdepan tugas sukar pada aksi pusingan ketiga hari ini apabila menentang beregu Jepun yang juga pilihan keempat, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa – lawan yang menewaskan mereka ketika Grand Prix Emas Terbuka Indonesia dua tahun lalu. Harap-harap mereka buat sesuatu yang lebih bermakna untuk perlawanan kali ini.

Share this on WhatsApp

Sukan beregu malaysia mara ke pusingan ke3, beregu melayu ke pusingan 3, guanzhau kejohanan badminton 2013, Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari mara kepusingan 3

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.