



Apakah yang Wahed Invest tawarkan?
Wahed menyediakan perkhidmatan pengurusan portfolio automatik kepada pelanggan melalui platform atas talian kami. Platform Wahed menggunakan algoritma kewangan yang diperolehi dari Teori Portfolio Moden untuk mewujudkan portfolio yang optimum serta disesuaikan dengan keperluan pelabur kami. Dengan memilih untuk menggunakan perkhidmatan kami, anda akan memasuki perjanjian yang membenarkan kami untuk melabur dan menguruskan simpanan anda.
Melabur Dengan Robo-Advisors di Malaysia (Macam Wahed Invest)
Ketika entri ini ditulis, negara kita Malaysia mempunyai tiga (3) robo-advisors yang berlesen dan sudah pun beroperasi.
- Stash Away (bermula November 2018)
- MyTheo (1 Julai 2019)
- Wahed Invest (30 Oktober 2019)
Dari 3 yang ada ini, Wahed Invest merupakan Malaysia’s first Islamic digital investment platform. Dalam erti kata lain, robo-advisors yang ada patuh Shariah.
Apa itu Robo-Advisors?
Perkembangan teknologi hari ini membolehkan nasihat kewangan dan pengurusan pelaburan diuruskan oleh penasihat kewangan dari “sejenis” robo-advisors.
Dah nama pun robo-advisors, maka hampir semua urusan tidak melibatkan manusia. Dari nak buka akaun, bagi dokumen, buat verifikasi dokumen, masukkan duit, laporan pelaburan, asset allocation sehinggalah nak withdraw duit semuanya dibuat melalui aplikasi yang disediakan.
Jadi, kalau memang tak nak jumpa manusia berlesen macam aku nih, maka gunakanlah servis robo-advisors.
Pelaburan aku Dengan Wahed Invest (Setakat Ini).
Untuk setakat ini, Wahed Invest sahaja yang Shariah compliant setakat ni. Logiknya, Malaysia ni patut majoriti produk kewangan tu automatik dah Shariah compliant tapi itulah… Jadi, baca je lah dulu pasal Wahed Invest ni ye.
Saya mula melabur awal bulan November 2019. Bukanlah sejurus selepas dilancarkan, tapi lepas diberikan brief ringkas oleh pihak Bursa Malaysia-i yang terlibat di belakang tabir.
Dipendekkan cerita aku buka akaun robo-advisor pertama melalui Wahed sebab aku yakin dengan kawal selia yang telah ditetapkan oleh regulators seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.
- Aku berjaya selesai buka akaun dalam masa sehari. Ikut sahaja dia punya arahan, nak kena masukkan no telepon, no ic, scan muka bagai apa semualah.
- Modal permulaan cuma serendah RM 100. Ikut je panduan macam mana nak deposit duit dalam akaun.
- Kemudian kena buat risk profile assessment. Ha, ini yang cerita lebih sikit.
- Semuanya dibuat secara melalui aplikasi Wahed Invest. Tak ada ejen. Tak ada contact dengan manusia.
Dan pada 8 Januari 2020, return telah pun mencapai 8.05% wow! Jangan seronok dulu. Ni bukan capital protected investment macam sukuk atau ASB. Tahun lepas untung, tahun ini belum tentu. Past performance is poor indicator for future performance.
Prestasi 8% dalam masa 2 bulan ni ada banyak faktor. Antaranya:
Pertama kena faham profil pelaburan aku ialah agresif dan saya bertindak untuk ignore dan memilih profil pelaburan yang sangat agresif. Jadi, profil pelaburan yang lebih agresif lazimnya return adalah lebih tinggi. Pada masa yang sama, risiko pun tinggi jugak. Kalau jenis yang tak sabar, tengok rugi jatuh banyak, dah cop wahed investment nih tak untung. Sabar bro, kena ambil masa. Nak tengok untung atau tidak, bagi aku tunggu dalam 3 tahun baru boleh decide bendalah ini untung ke tidak.
Jadi, pelabur yang profil nya lebih sederhana dan konservatif, untungnya adalah berbeza jika melabur dengan time frame yang sama. Wahed Invest bukan macam Tabung Haji atau ASB, yang mana bila dapat untung, semua sama. Tak, berbeza sama sekali.
Kedua, profil pelaburan aku membolehkan asset allocation portfolio saya menjadi seperti ini sekarang:
- 67% dalam ETF yang melabur dalam pasaran US
- 19% dalam ETF yang melabur dalam pasaran Malaysia
- 12% dalam sukuk (fixed income instrument)
- 2% dalam bentuk tunai
Dalam konteks Malaysia, pelaburan di luar negara adalah lebih berisiko kerana ada faktor forex risk. Kita dapat gaji dalam ringgit, tapi melabur dalam USD. Lainlah memang kita gaji pun terima dalam USD.
Pasaran US sedang meningkat naik, walaupun sekarang ini kita sedang menghadapi ekonomi yang mencabar iaitu pandemik covid19. Aku kerja kilang sini, permintaan dari US memang tak pernah turun, walalupun covid sebab diaorang memang pentingkan ekonomi dari nyawa (demn) Manakala pasaran Malaysia pula sebaliknya. Jadi, yang menyumbang kepada majoriti kenaikan nilai pelaburan saya ialah pasaran US. Justeru, sekiranya pasaran US jatuh, maka keuntungan yang kita invest sedia ada ini akan lebih terjejas dan tak mustahil 8% tu jadi 0% semula atau terus rugi.
Profil pelaburan yang lain akan mempunyai asset allocation yang berbeza, justeru memberi impak kepada risk & return.
Ketiga, Wahed Invest tidak membeli kaunter saham secara individu. Sebaliknya membuat pelaburan dalam exchange traded fund (ETF) yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dan sebab ETF patuh Shariah masih belum ada yang jenis fixed income (tapi konvensional ada, ish ish), maka dilaburkan dalam unit trust sukuk. Pelaburan melalui ETF adalah strategi pelaburan pasif dan bukan aktif.
Keempat, kelebihan utama robo-advisors ni ialah kos yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding menggunakan financial intermediaries manusia. Jadi, cepat lah sikit nak buat untung bila kos dah rendah.
Kekurangannya barangkali sebab dah takde ejen macam unit trust, maka jika masih tak faham, kena beli masa saya sebagai financial planner untuk faham dengan lebih terperinci lagi tentang kesesuaian melabur dengan robo-advisor ni.
Patut ke melabur dengan robo-advisor?
Semua benda dalam apa bentuk pelaburan ada je risikonya. Untung tetap ada, tengok jenis kita punya profil risiko pelabur (kena jawab soalan sebelum melabur untuk kenal pasti , profile pelabur). Apa yang aku boleh jawab ialah robo-advisor mempunyai risiko yang berbeza dengan instrument seperti fixed deposit, money market account, Tabung Haji dan ASB & sewaktu dengannya.
Kewujudan robo-advisor adalah sebagai tambahan pilihan pelaburan berlesen di Malaysia. Dan 100% online. Setakat hari ni yang Shariah compliant di Malaysia cuma satu. Jadi tak boleh buat comparison lagi. Ada akan menyusul, kita akan ulas untuk akan datang. Bergantung kepada permintaan koranglah.
Nanti bila dah ada Shariah compliant robo-advisor selain Wahed Invest dan kalau aku raji aku akan ulas. Nak bagi saya rajin senang je, siapa yang belum buka akaun dan telah buat keputusan nak buka, sila download apps Wahed dibawah ini:
Lepas tu isi kod referral ni : muhmdh14
Berminat nak mula melabur?
Persoalannya, adakah anda berminat menjadi salah seorangnya? Berminat? Mulakan sekarang!!
credit to pakdi.net.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply