

Agak kecewa melihat persembahan pahang vs global fc malam tadi dalam saingan afc cup kumpulan g. Memang tidak dinafikan banyak sebenarnya percubaan emas dari pahang berpunca dari passing yang dan lorongan cukup kreatif untuk menjaringkan gol .Tetapi mungkin penyerang kurang adanya konfiden untuk membuat serangan yang lebih jitu menyebabkan penjaga gol global fc dari kelab filiphina dengan mudah membaca setiap serangan. Keeper global sana takdalah cekap pun jugak.
Tok Gajah berkongsi mata di laman sendiri apabila terikat 0 – 0 dengan jaguh dari Filipina, Global FC. Ternyata taktikal pasukan Pahang pada malam ini serba tidak menjadi.
Sedikit video gol sedutan sepanjang perlawanan malam tadi. Banyak juga percubaan merbahaya, Cuma kurangnya keyakinan dan perlu membuat position yang lebih tepat ketika membuat finishing. Step dalam sepakan juga aku lihat banyak salah. Fauzi roslan terutamanya. Silap banyak. Dia perlu cool dan lebih bersikap matang untuk membuat keputusan. Hafiz kamal pun sama, azidan pun cemerlang juga, cuma dia bukan dalam position situ sepatutnya.
Tanpa pemain utama, pahang dilihat agak struggle. Namun begitu, pahang dah lakukan yang terbaik. So kedudukan setakat ini. Kemasukkan dickson nwakaeme separuh masa kedua, memang membantu pahang melakukan serangan. Tetapi mungkin disebabkan komunikasi yang tidak baik, timing yang betul menyebabkan pahang hanya mampu seri.
Kurangnya memberi peluang untuk pemain kita antara punca tidak konsisten, hafiz kamal21, azidan8 kurang memberi umpanan pada striker sepatutnya, gopi pun dah bagus laju, fauzi pun ok. Turun tanpa dua tonggak utama, Matias Conti akibat tidak sempat pulih daripada kecederaan dan kapten pasukan Mohd Razman Roslan yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika bertemu Yadanarbon FC, tidak menghalang Pahang untuk menguasai perlawanan.
Skuad Zainal Abidin Hassan yang masih segar dengan kemenangan ke atas Sime Darby FC 2-0 pada saingan Liga Super Sabtu minggu lepas membentuk gerakan berbahaya bagi memburu gol awal dan hampir memecah kebuntuan namun rembatan kencang oleh penyerang Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-8 dan minit ke-13 tepat ke dakapan penjaga gol Global GC, Jun Badelic.

Skuad pelawat bimbingan Dan Padernal yang sebelum ini dibelasah 6-1 pada pertemuan pertama dengan kelab Hong Kong, South China FC hampir mencemaskan tuan rumah apabila rembatan kencang ketua pasukan Mark Hartmann pada minit ke-41 tetapi dinafikan kecekapan penjaga gol Pahang, Khairil Azhan Md Khalid.
Bersambung ke babak kedua, Pahang terus mencuri tumpuan dengan gerakan solo Mohd Fauzi Roslan namun dari dalam kotak penalti pada minit ke-70 melambung tinggi. Tuan rumah terus mengasak ke kubu tuan rumah tetapi gagal untuk membolosi gawang lawan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan penuh AFC Cup (Group G)
- Pahang 0-0 Global FC
- South China 3-1 Yadanarbon FC
Kedudukan kumpulan setakat ini :
- South China 6 pts
- Pahang 4 pts
- Global FC 1 pts
- Yadanarbon 0 pts
Perlawanan yang seterusnya
- Pahang vs South China
- Tarikh / masa : 18/3/2015, 8.45mlm
- Lokasi: Stadium Darulmakmur
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Adat permainan bola sepak macam ni la kan..kita nak menang tetiba seri pulak yang dapat…