• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Update Isu GST ( April 2015) topup, rokok, parking,

Update Isu GST ( April 2015) topup, rokok, parking,

Zik · Apr 4, 2015 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

gst,

So ada beberapa isu yang dipertengahkan dalam semua duk kalut dengan isu gst nih. Yer kerajaan mungkin ada beberapa sistem yang perlu diimprove dari semasa ke semasa. Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Sebab ramai sangat peniaga yang mengambil kesempatan dikala orang tengah serabut pasal gst nih. So, kita sebagai pengguna perlu tahu dimana , apa , bagaimana , macam mana ,sebenarnya pemahaman mengenai gst nih??

1. Topup

Pagi semalam, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan telah memanggil CEO-CEO Syarikat Telco untuk berbincang. Pengguna mahukan harga topup tidak berubah dan Telco diberi masa sebulan untuk buat keputusan. Mereka perlu menurunkan harga topup kepada RM9.43 sen dan bila ditambah 6% GST ianya akan kekal RM10. Nilai topup tersebut juga perlu kekal pada RM10 atau lebih. Tidak boleh dikurangkan.

Nota: Waktu sebulan diberikan kerana Telco memerlukan masa untuk menukar sistem. Sistem mereka juga melibatkan institusi kewangan seperti bank, pembayaran secara MOL dan lain-lain. Mereka minta panjangkan lagi masa tetapi Timbalan Menteri Kewangan 1 tidak benarkan kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna.

Komen:

Pengguna mahukan harga topup tidak berubah. Persoalannya di sini..

  1. Sepatutnya dari awal lagi syarikat telco dah rancang rapi terhadap masalah ini. Kenapa tak buat perbincangan bersama syarikat telco ini. Kalau ada harga gst pun, kena maklumkan awal-awal kepada pengguna dan penjual. Ini dah mendatangkan kekeliruan beb.Penianga keliru, pembeli tersepit. Nak beli ke tak?? Benda topup nih dah kira keperluan jugak.
  2. Keputusan tidak menentu dan menyebabkan pelanggan tertanya2.. Adakah topUp sekarang di kena kan GST atau tidak?Hari tuh menteri cakap tak kena, tapi bila 1 april… kena pulakkkkk.
  3. Waktu sebulan diberikan kerana telco memerlukan masa untuk menukar system. WHAT!!? So dalam masa sebulan tu pelanggan di kene kan GST lah sementara menunggu penukaran system. Wake up bro!!, Sebelum GST lagi issue dh hangat Kenapa baru sekarang nak Serabut kepala otak.

2. Rokok

Harga rokok yang diberikan oleh syarikat rokok adalah termasuk GST. Sebagai contoh sekotak rokok jenama X adalah RM14 sekotak. Harga tersebut sudah termasuk GST dan peniaga tidak boleh menambah atau menggenakan lagi 6% GST ke atas rokok tersebut. Lapor jika ada peniaga yang masih berbuat demikian. Yang ini aku no komen. Tapi rokok nih kira penyumbang pendapatan negara dia punya percent tinggi beb.

3. Parking

Parking memang sudah dikenakan cukai perkhidmatan selama ini cuma ianya tidak dinyatakan dengan jelas. GST memerlukan cukai dinyatakan dengan jelas dalam resit. Dan syarat-syarat yang perlu ada dalam resit mesti dipatuhi. Kena tengok dia punya resit tuh. Mesti jelas, dari segi no id gst, jumlah caj dan sebagainya.

4. Kantin Sekolah

Kantin sekolah dikecualikan dari GST. Maka tidak boleh kenakan GST ke atas makanan di kantin sekolah. Cuma kos yang telah naik dari barang-barang yang kena gst akan bagi impak kepada harga makanan di kantin tuh. Kan dah tersepit disitu.

5. Service Charge

Service Charge adalah satu bentuk kutipan yang dikenakan keatas pelanggan oleh peniaga. Ianya bukanlah satu jenis cukai dan tidak dikutip oleh kerajaan. Jika anda tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan namun terpaksa membayar service charge, anda boleh bawa peniaga ke mahkamah.

6. Aduan

Pengguna diminta untuk tidak pandang sebelah mata. Gunakan hak anda, jika terdapat mana-mana peniaga yang tidak mematuhi syarat-syarat untuk kenakan GST anda perlu membuat laporan kepada KPDNKK. KPDNKK juga nasihatkan jika ada peniaga yang menaikkan harga barang keterlaluan, sila buat aduan. Dari korang duk upoload resit pembelian tuh dekat facebook. Lagi bagus korang buat aduan ke pihak berkenaan.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Uncategorized apa benda gst nih, gst info, gst malaysia info, isu topup kena gst, keputusan isu harga topup naik 1 april 2015, rokok kena gst tak?, senarai penuh harga barang gst 1 april 2015, senarai penuh harga rokok gst 1 april 2015, topup naik harga

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Raihanah Ahmad says

    April 14, 2015 at 9:59 am

    Saya selalu rasakan GST ni sgt zalim dan menindas rakyat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021
  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021
  • Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi Isu semasa

Senarai penuh harga topup setiap telco gst,1/4/2015

Share this on WhatsAppTak pasti kebenarannya. Tetapi mrmandangkan setiap syarika…

Ekonomi

Harga baru rokok 1 april 2015, sempena gst

Share this on WhatsApp Ya. Berita baik untuk perokok tegar. Erk belum bulan 9 un…

%d bloggers like this: