Categories: Sukan

Ulasan Pahang vs Kelantan separuh akhir pertama piala fa 9/5/2015

Keputusan penuh pahang 1-0 kelantan. Tahniah buat pasukan pahang yang telah mendapat satu gol di tempat sendiri selain berjaya menghalang dari kelantan mendapat gol pelawat di stadium darul makmur malam tadi. Chief zainal abidin nampaknya boleh menarik nafas lega, tetapi masih belum boleh mendabik dada kerana masih ada 90 minit untuk berjuang distadium kota baru kelantan.

Apepun persembahan malam tadi menarik untuk disaksikan kerana banyak percubaan dari pasukan pahang dan kelantan, cuma dari segi penyudahnya masih belum memuaskan hati penonton malam tadi.

Ulasan serba ringkas.

Separuh masa pertama, pahang dilihat lebih banyak mengatur serangan disebelah sayap kiri. Dickson nwakaeme bekerja keras malam tadi mengemudi dibahagian serangan sebelah kiri dan kanan. Seawal minit kedua pahang mencipta gol, dihasilkan dari setting yang baik dari dickson disudahkan dengan baik oleh matias conti. Pahang didepan 1-0.

Sejurus gol pertama, jentera serangan pasukan pahang dilihat lebih bersemangat menjana serangan yang bertali arus. Namun ia gagal diterjermahkan kepada gol. Dickson berjaya melepasi defend kelantan banyak kali dengan kelebihan badan yang sadow selain skill individu yang cukup bagus sekali. Dah jatuh, mampu untuk bangun lagi dan skill sikit2 terus buat lorongan yang cantik kepada gopinathan. Tetapi sayang seribu kali sayang, gopi terlalu gopoh membuat sepakan terlalu kuat, tinggi melambung atas gol. Sudah dekat dengan gawang gol beb. Sekiranya gopi lebih tenang dan melihat keadaan yang sudah kucar kacir sudah tentu gol kedua dapat dihasilkan.

Kelantan ada juga membuat serangan, tetapi pertahanan pahang dilihat lebih kemas menjaga pemain dengan berdisiplin. Ada jugak sekali dua terlepas, tetapi penjaga gol khairul azhan lebih cemerlang menampan sepakan leret. Ketiadaan damien steward malam tadi pertahanan tetap mantap. Kapten marvel razman, zesh rehman bekerja keras menahan asakan pasukan kelantan. Tiada gol dihasilkan lagi separuh masa pertama, satu je. Hafiz kamal bermain agak kasar, dia diayangkan kad kuning.

Separuh masa kedua.

Ada peningkatan serangan dari pasukan kelantan. Setelah azraii khor menukar fakri kepada wan zack haikal. Serangan mula bertukar arah. Namun masih gagal mencari gol penyamaan. Pemain import kelantan agak tamak tak bermain bersungguh-sungguh. Satu percubaan yang jarang dapat, tidak disempurnakan dengan baik. Last 10 minit kelantan struggle mencari gol penyamaan, tetapi masih tetap gagal. Fauzi roslan dimasukkan ganti dengan hafiz kamal. Pemain muda sapa nama dia (azam), ganti dengan azidan.

Secara keseluruhannya pahang mendominasi permainan cuma peluang menambah mencari gol selesa tidak dimanfaatkan sebaiknya. Perlawanan separuh akhir kedua pastinya lebih sengit. Pahang ada peluang untuk mara selaku penyandang juara. Tetapi azraii khor pastinya tidak akan memberi laluan yang mudah kepada pahang untuk ke final. All the best.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

LEE ZII JIA MARA KE FINAL TERBUKA THAILAND, AKHIRNYA!!

Bukan mudah untuk tundukkan pemain dari Chinese Taipei. Tapi malam ini memang malam Lee Zii… Read More

8 hours ago

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 18.5.2024

Hari ini kita ada tiga perlawanan sahaja dalam saingan liga super perlawanan kedua. Semalam satu,… Read More

9 hours ago

SIARAN LANGSUNG LEE ZII JIA VS CHOU TIEN CHEN TERBUKA THAILAND 18.5.2024

Wakil tunggal negara yang melangkah ke separuh akhir dalam saingan terbuka Thailand, tajaan Toyota. Lee… Read More

11 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI LIVE MALAYSIA VS CHINA PIALA THOMAS 4.5.2024

Pertarungan demi pertarungan, peringkat kumpulan, 2 hari yang lepas, suku akhir, hari ini kita bertarung… Read More

2 weeks ago

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

2 weeks ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

2 weeks ago