Insan yang cemerlang datangnya dari akal dengan jiwa yang mantop!!!
Alhamdulillah perkongsian yang berbentuk motivasi hari ini semoga ianya bermanfaat untuk anda dan diri ini sendiri. Insyallah. Rahsia menjadi insan cemerlang ini di inspirasikan oleh Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah sendiri. Mungkin anda pernah dengar banyak kali di tv ataupun di radio.
Adab dalam makan dan minnum.
- Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa insyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki.
- Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyallah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
- Makan buah-buahan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam, ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
- Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
- Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib. Ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.
Adab di bilik air
- Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit). Boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
- Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri. Ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar
Adab dalam mendidik anak.
- Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan. Sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup, iaitu perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat.
Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange. Sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.
Tatacara didik diri sendiri
- Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut. Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
- Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif, emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.
Ada 3 kategori manusia:-
- BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
- TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
- CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
Sumber : irwanirah.multiply
anif says
Tips yang bagus untuk dijadikan panduan hidup.. Terima kasih kerana mengingatkan. 😀
MDHAFiZ.NET says
sememangnya terbaik…setiap sunnah Rosululloh itu terdapat 1001 kebaikan 🙂
muhammad fakhruddin says
Bukan setakat kebaikan dunia, bahkan ganjaran akhirat juga bagi sesiapa yang menghidupkan sunnah baginda apatah lagi di akhir zaman ini. 🙂
syahrilhafiz says
bagus tips ni, tapi gambar tu macam cite dalam astro je..hehe
iza says
Assalam..
Bagus tips ni, pernah amalkan masa sekolah dulu2, mmg berkesan dan mudah terima ilmu. Terima kasih atas peringatan…
zulkbo says
salam..
islam agama yang mudah
dan serba lengkap..maka
islam adalah cara hidup
🙂
nasslimdiet2 says
bagus tips ni. aku memang biasa amalkan minum 15-30 minit selepas makan. Nak try amalkan makan buah sebelum makan nasi la.
bEe says
Wah, byknyer tipss….. Suka bace Adab di bilik air… Rasanya ramai yg tak tahu kot 🙂
psst : Gambar tu mcm Ah Chai jek (Johan) hehe
Shaffik says
Gambar tu terbaik laa….hahahahahaha
Sabahan Bloggers Club says
Banyak dah tips ni. Kira bagi tips untuk kuruskan badan juga ni sekali. 🙂
titan says
hoho..aku tak nak jadi celaka..
tehr says
selalu juga terpedaya
harapnya lepas ni berjaya
Kamarul Azri™ says
terima kasih bro, ha kadang² perkara yang sikit pun dapat disiplin kan diri kita jua, ambil contoh mudah… bangun awal pagi apa yang kita akan buat dulu.. 🙂
Mrs.Ayie says
InsyaAllah, semoga setiap usaha melayakkan kita dalam kategori berjaya 😀
Hans says
harap2 sentiasa menjadi orang yang berjaya 🙂
Aku learn says
bagus2 tips kat sini… semoga kita menjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat….
aimannajmy says
selami hati dan selami lautan dalam huhuhu