Salam semua.
Untuk kita mendapat berkat dalam hidup kita, umur yang panjang belum tentu menjamin syurga Allah yang kita idam-idamkan. Ia adalah kualiti hidup dalam kehidupan seharian kita. Pada minggu lepas telah diterangkan mengenai sedikit maksud dan juga 3 point yang ringkas, hari ini juga, 3 point ringkas dikongsikan bersama-sama.
Diatara tips yang lain untuk panjang umur.
Siraturrahim.
Orang yang menyambung siraturrahim akan panjang usianya , insyallah. Sudah tentulah, kalau kita sendiri berbalah diantara satu sama lain, apa yang dapat? sakit hati, semua sakitlah, bila dah bergaduh sekali. Berbanding dengan yang sentiasa senyum, beramah mesra diantara satu sama lain, ia adalah satu unsur positif yang perlu kita ada dalam diri kita.
Doa.
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t supaya umur kita dipanjangkan. Tetapi ingat, bukan dengan lama kita hidup, tetapi ialah dengan kualiti hidup. Apa guna jika hayat panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia sahaja.Ia mengingatkan satu lagu yang masih aku ingat sehingga hari ini.
“sepohon kayu daunnya rimbun lebat buahnya serta bunganya… walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya… “
Ada yang pendek umurnya, tetapi pencapaian memberangsangkan yang menyamai orang yang telah hidup lama.Doa yang makbul ialah doa yang betul masuk menusuk kedalam hati kita, (hati ini tersentuh dengan mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan) dalam waktu itu kita berasa diri kita betul-betul hampir kepada Allah.
Bersedekah.
Orang yang membudayakan, mengamalkan amalan bersedekah juga mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Bersedekah tidak semestinya dengan wang-ringgit, tetapi cukuplah dengan senyuman, doa dan kata-kata yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Manusia itu mempunyai 360 persendian. Masing-masing persendian itu mestilah dikeluarkan sedekahnya masing-masing pada setiap hari. Perkataan yang baik yang diucapkan seseorang ialah sedekah. Pertolongan seseorang yang diberikan kepada saudaranya ialah sedekah. Membuang paku, daun pelepah di jalanraya yang menjadi gangguan kepada orang awam untuk gunakan juga adalah sedekah. ” (Riwayat al-tabarani).
Bersedekah selain harta dan wang ringgit pernah dikupas dahulu. Apa yang penting ialah kita harus sedekah dengan seikhlas yang mungkin.
Alhamdulillah, semoga dapat memberikan manfaat umur kita dengan sebaiknya, sementara masih sihat dan kuat, yang boleh kita lakukan untuk diri sendiri, masyarakat dan umat manusia, benar-benar memberi kesan yang baik kepada hati kita ini.
Nantikan sambungan yang seterusnya, insyallah jika kita diberi umur yang panjang.
insyallah sama2 lah kita amalkan
Salam.
Terima kasih Ustaz Zikri.
Minggu depan bagi ilmu lagi ya…. 😉
terima kasih bro di atas entri yang amat bermanfaat ni
Hari Jumaat elok bersedekah di masjid samada bentuk wang dan pisang
thanks zik, kongsikan tips yang mcm nie…
“Membuang paku, daun pelepah di jalanraya yang menjadi gangguan kepada orang awam untuk gunakan juga adalah sedekah”
begitu mudah nk dpat pahala sedekah 🙂
insyaallah. selalu amal2kan
Salam…
Lagi satu elakkan berhutang. Kalau asyik berhutang, hidup pun tak tenang, boleh pendek umur tu kalau selalu dapat panggilan utk kutip hutang…
Panjang umur yg sebenar pada pendapat kebanyakan ulama’ bukanlah pada keupayaan hidup mencecah 100 tahun,tetapi banyak amalnya @ ilmunya sehingga disebut orang hingga kini.
Contohnya para ulama seperti Imam Nawawi(meninggal di hujung 40-an/ awal 50-an) namun kitabnya diguna pakai orang hingga kini
Wallahua’lam
hidup cuma sebentar..manfaatkan ia!!
perkongsian yang menarik,
sebenarnya Al-Quran dan menyediakan segalanya untuk kita cuma kita saja yang tak berapa nak ambil tahu
Thank bro
abang Zikri, salam dari Indonesia, ini blogku yang lain. mohon sangat di approve ya bang….
salam siraturrahim…
elok sangat diamalkan tips ni.. thanks bro kongsi
kualiti memang lebih penting daripada kuantiti, semoga hidup kita sama2 dapat menyumbang sesuatu kepada agama, negara dan masyarakat.
kena selalu banyak bersedekah ni..insya Allah zik
yg 1st tu memang betul..bila kita jumpa kawan2,bagi salam,masing2 berdoa untuk kerahmatan kawan masing2..sebab tu kita tak leh cakap sebarangan sebab kata2 adalah doa..
Hidup ini hanya sementara… Dunia ini fana.
Aku dan family sihat dan aman damai pun kira ok lah.. 😀
kita hanya menumpang di bumiNya..memang patut kita bersedekah dan bersyukur atas segala nikmatnya setiap hari…
Tips2 yang ada pengajaran. Suka pada yang ke-3 iaitu bersedekah. :happy:
Terima Kasih Semoga Bermanfaat Kepada Semua Hendaknya~
senyum pun sedekah
apa yang aku faham, semua yang kita buat dan menyenangkan orang lain, kira sedekah la tu