Terengganu Julang Piala Fa 2011
Kejuaraan tahun lepas piala fa 2010, buat kelantan telah dirampas oleh pasukan terengganu. Perlawanan malam tadi yang penuh dengan dramatik , betul-betul memberi seribu satu tanda tanya buat penyokong terengganu dan kelantan.
Biarpun kelantan sudah leading pada minit ke 80, hasil jaringan dari Mohd Nurul Azwan Roya gol sungkit yang cantik menewaskan penjaga gol terengganu, namun mereka tidak berputus asa.
Terengganu terus mengasak pada minit ke terakhir tinggal 1,2 minit. Ternyata ia menyedihkan buat Daudsu dan penyokong kelantan itu sendiri yang ingin clear kan bola, tetapi tertampan masuk ke gawang gol menyebabkan kedudukan seri 1-1. Keadaan menjadi gamat, apabila penyokong terengganu yang ada sudah balik stadium kembali menyokong bila tahu keadaan sudah seri.
Pada masa tambahan, terengganu dilihat menguasai permainan dan bersemangat membuat serangan. Sehinggalah pada minit ke 108. Terengganu mendapat sepakan sudut hasil dari sepakan shaari dan tandukan dari siapa kurang periksa dan terus membuat sepakan kencang dari Ahmad Nor Alias membuat terengganu didepan 2-1. Keadaan terus gamat dengan penyokong terengganu.
Keadaan kekal sehingga tamat perlawanan. Terengganu terus mengasak dan kelantan dalam keadaan tertekan. Namun mereka dikawal ketat.
Komen.
Tindakan penyokong yang membaling objek dan juga membaling mercun dilhat tidak profesional ketika perlawanan. Menyebabkan perlawanan banyak delay masa. Apepun tahniah buat kelantan kerana tidak berputus asa. Dan juga terengganu yang tidak putus-putus membuat asakan pada minit terakhir. Menyebabkan kelantan membuat kesilapan yang mengudang padah.
Pemain terbaik ialah Mohd Marzuki Yusof. (Kapten terengganu). Sekian dimaklumkan dari meja sukan.
Gol oleh Mohd Nurul Azwan Roya Kelantan 1- Terengganu 0 minit ke 79-80:
Gol sendiri Kelantan 1- Terengganu 1 Minit ke 96-97 (masa kecederaan)
Gol oleh Alias Kelantan 1- Terengganu 2 Minit ke 109-110 (masa tambahan)
Nak tengok gol-gol percubaan dan highlights perlawanan final piala fa 2011 semuanya di sokernet.
Credit gol video sokernet.com.
Amirez says
aik..cepatnya tukar. tadi perasan tulis Kelantan Juara hehe.
pemain kelantan ramai yg leka pada minit2 akhir, tapi tindakan pasukan terengganu naik beramai2 ke posisi penyerang pada minit2 terakhir akhirnya membuahkan hasil sebagai titik tolak kemenangan
Zik says
tersilap taip tadi… keke
yas says
Tahniah terengganu…aku tgk last minute jerr….:)
naimulfirdaus says
tahnah kepapa yang menang..
yang tak menang dharap bersabar..
Zazali Nordin says
Boleh dikatakan perlawanan kali ini paling beraksi dalam sejarah FA cup.
LiFe KaMi says
apa bole buat da kelantan takde rezeki..
tahniah buat terengganu..
rasanya terengganu pun dapat cuti juga kot..:)
GanuSohoor says
Ape pun…ramai penyokong luar terutama dari seremban,selangor dan melaka yang sokong terengganu…pelik gak aku naper ramai suka trg..
ape pun penyokong kelantan memang orang tak wahi…asyik buat huru hara jer..tadi pun pelekong ngecun ke sharbini…nasib baik dok kena..
doh la dulu bakar stadium..bodo betul lah..
hidup terengganu…always…sukma pun terengganu juara..
MDHAFiZ.NET says
senyumm..saja.. tak perlu kata apa-apa..team sudah kalah..
akubiomed says
Tanniah kepada Terengganu walaupun kejuaraan sudah hampir pasti buat Kelantan. Kelantan masih ada peluang lagi untuk juara liga
amry says
errr……kurang minat sangat la bro bola…hehhee…
Ismail N says
tahniah Ganu!
penyu menangis siapa yg tahu.. tapi penyu menang heboh satu Malaysia.. 😀
Sukma pon mungkin menang gak tahun nie.. Tahniah Ganu lagi ehhh…
nuriz says
ala zik, smlm mati2 ingatkan kelate juara, sebab tgk dah 1-0 , tup2 pg td tgk paper terengganu lak juara. tu yg macam tekejut tu. Rezeki terengganu lak kan..
afzal laidin says
walaupun kalah, gol kelantan meman antara gol menarik.
Amirez says
setuju 😉 jaringan yg jarang2 kita lihat dlm game bola Malaysia. boleh dikatakan bertaraf EPL gak tu hehe.
apa2 pun tahniah buat terengganu. tunggu piala Malaysia pula
Hadi Rofiee says
Cuma 1 yang diharapkan agar balingan bunga api seperti yang terjadi semalam PERLU dielakkan. Semoga para penonton bola sepak mampu bersikap PROFESIONAL. 🙂
Kamarul Azri™ says
ha yer la, kabarnya security ketat tapi macam mana boleh terlepas tu, peminat fanatik bola letak kat mana la mercun tu….
*sambil berfikir sejenak..
hidayah says
mmg patut pun tenggnu menang..penyokong kelantan mmg berlagak ha ha
Kamarul Azri™ says
KA semalam sempat tgk livestreaming je la…
tgh kejer pun curi² buka, huhuhuuh
shamizu says
relaks minda :
Ganu Juara Fiala FA,
Kelantan Tak Ada Rezeki
Oh, sedihnya hati usah dikata,
Kecewa kecewa sampai berdenyut kepala,
Hajat di hati ingin lihat TRW junjung piala,
Tahu-tahu Sang Penyu ditabal juara.
Kelantan betul-betul ditimpa malang,
Selepas Nurul Azwan Roya score gol dengan sepakan lambung,
Dan terus mendahului hingga minit terakhir pada masa kecederaan yang panjang,
Hanya beberapa saat lagi untuk diistiharkan menang,
Cuma tunggu pengadil tiup wisel yang dipegang,
Tau-tau Daudsu tertanduk bola sendiri ke gawang,
sambungannya di shafizums.
Puteri Balqis says
Penyu menang, nasib baik tak jadi cam dulu lagi…Kalau ada yg jenis bakar2 lagi, mmg kes teruk…
ijk says
Ganu Juara Fiala FA,
Kelantan Tak Ada Rezeki
Oh, sedihnya hati usah dikata,
Kecewa kecewa sampai berdenyut kepala,
Hajat di hati ingin lihat TRW junjung piala,
Tahu-tahu Sang Penyu ditabal juara.
Kelantan betul-betul ditimpa malang,
Selepas Nurul Azwan Roya score gol dengan sepakan lambung,
Dan terus mendahului hingga minit terakhir pada masa kecederaan yang panjang,
Hanya beberapa saat lagi untuk diistiharkan menang,
Cuma tunggu pengadil tiup wisel yang dipegang,
Tau-tau Daudsu tertanduk bola sendiri ke gawang,
Semangat & jerit payah pasukan penyu akhirnya berbalas,
Diistiharkan Juara Piala FA tahun 2011,
Kijang usah menangis lagi,
kerana lain tahun ada lagi…hehehheh
Wan Perlis says
gol saat last
respek semangat kalian
suri says
menang rasa gembira terukir pada wajah
Khidhir says
congrats tu terengganu..
bEe says
Tak sangka Terengganu akan jadi juara sekaligus memeluk piala FA
TAHNIAH!!!! 😀
aimannajmy says
hehe best game aritu, aku dah siap pi lepak kat depan PC dah ingat dah konpem Kelantan menang hahha