Ia adalah marketing yang tidak sengaja telah mempromosikan produknya/jenama tanpa kita sedari.
Ia dikenali sebagai viral marketing.
Viral marketing, viral advertising, or marketing buzz are buzzwords referring to marketing techniques that use pre-existing social networking services and other technologies to try to produce increases in brand awareness or to achieve other marketing objectives (such as product sales) through self-replicating viral. Hentam sajalah labu. Pokoknya ia secara tidak langsung telah menjenama datuk vida qu puteh dan produknya tanpa kita sedari.
Sejauh mana keberkesanannya kita tak tahulah. Kita tengok sales dia macam mana pergi dia.Tapi sekarang nih dekat iklan tv3 pun tengah giat promote barang pamoga qu puteh nih. Macam-macam ada. Itu memang secara berbayar dan memang betul.
Kaedah viral marketing.
Customer participation and polling services.
Kalau dilaman social trw ada dibuat, undian atau pendapat dari komen user facebook sana. Memang ada yang tak setujulah, tak mahu unsur pink, ada yang setuju. Memang hangat diperkatakan. Setuju atau tidak belakang cerita, dah orang share, kononnya dah confirm datuk vida nak sponsor TRW. Belum apa-apa sign, nama datuk vida dan pamoga qu puteh sudah menjadi bualan orang ramai. Free free saja bang.
Internet search engines and blogs.
Ini sudah disebut, laman popular seperti siakap keli, rotikaya, sinarharian. Orang ramai akan mencari info sebaik mungkin, keshahihan cerita ini adakah benar atau tidak. So sebagai golongan opportunist, penulis blog akan cuba memanupulasi tajuk cerita itu agak menjadi lebih hot. Tajuknya lebih kurang, 100 syarat jika datuk vida mahu taja trw. Huhu. Contoh jerla yer. Syarat-syarat yang tak masuk akal dari datuk vida jika mahu taja TRW. Kita nak tahu latar belakang datuk sri vida, apa produk yang dia jual. Kenapa macam popular sangat datuk vida nih. So sebagai pengguna internet perlu membuat research sedikit, melalui search engine. Dah tuh jumpalah sekali produk-produk dia.
Television and radio.
Di radio biasanya ada dalam segmen berita mungkin ada pengumuman dari datuk vida mahu taja TRW. Bla- bla..
Social networking.
Apabila datuk vida mengumumkan mahu menaja pasukan the red warrior, belum baca lagi isi kandungan, semua dah pakat share di laman sosial. Musim viral biasalah kan. Itu ok, cuma ia menjadi viral apabila ada pihak opportunist dah edit gambar pemain trw pakai baju pink, gambar stadium warna pink. Mereka cuba troll atau menggambarkan keadaan sebenar apabila syarat datuk vida mahukan kelainan dalam pasukan the red warrior itu sendiri.
Secara tidak langsung, marketing viral telah dilancarkan tanpa kita sedari. Semuanya free sahaja, no cost.
ema says
lagu beliau dihentam..lagi bertambah rezekinya..
zik says
ya betul tuh,…
si bongkok says
Tue belum sahih punya citer bro…dah confirm sampai stadium kaler pink, nama pasukan jadi pamoga qu puteh, duta pakai piya ngan apek – Lagi kuat nanti bunyi Dato V nie… π
Tapi masyuk betul org bisnes produk kecantikkan nie…tapi bila pegi kedai jamu tgk dieorg mcm termenung jek… termenung apa tak tau aa… π
zik says
belum shahih… tapi benda nih dah jadi promosi secara tidak langsung sebenarnya… if you know my message
akubiomed says
Harap lebih ramai turun padang menanja pasukan tempatan. Selain itu akan mendapat situasi Win-Win.
Zik says
win2 itu yang lagi bagus sebenarnya… kena kasi support trw… kewangan memang tengah masalah sekarang nih…harap telus dia punya pengurusan
titan says
viral ni ada menda bagus dan tidak bagus.
part tak best, bila kena tipu hidup-hidup..memang sengsara la jawabnya.
Zik says
sekali tipu daaa… memang hangit betul dah semua kaki share jer… bacanya idak…
titan says
tu yang aku tak suka.
aku tak nak harta aku tak berkat bila wat promosi viral ni.
kena hati-hati.
si bongkok says
Tapi kan bro…kalo viral ala2 rashid smash sket dengan DSV nie bagus gak…jangan fikir dengan DUIT semua dier punya… π
Agak-agak laa…bagi jersey THIRD KIT pon dah bunyi kuat…cer kalo kalah jek nanti…kalah plak dengan PERLIS, UITM FC, KUANTAN FA….bro rasa player macam mana?
p/s: Ingat DUIT tue datang dari kaler PINK ker? Bila niaga kejar dunia jek susah sket nak ditegur…. DUIT BANYAK kan… π
Anuar says
Teknik pemasaran yang sukup berkesan…. Agak2 ada tak yang berminat nak jadikan usahawan internet sebagai penaja mana2 pasukan bola sepak?… π
Zik says
Insyallah satu hari nanti… bro anuar boleh jadi nih…amin
Azwan says
Marketing Dato Vida memang unik. Walaupun ada yang membenci cara beliau marketing, tapi kita perlu ingat; there is no such thing as negative publicity. Orang suka atau mengutuk, mereka tetak akan sebut, dan itulah yang membuatkan brand tersebut makin dikenali.
Zik says
kelainan dan cuba mengetengahkan aspek marketing yang baru… bukan dulu2 punya marketing
Raihanah Ahmad says
teknik marketing beliau memang hebat
Zik says
kalau tak hebat tak dapat datuk lah..hehe
Noriza_mommavogue says
Memang best kalau pasal marketing Dato Vida ni, dia tak payah susah payah pun nak buat plan marketing yang bajet besar, di media sosial pun dah beribu tolong viralkan
cik tom says
pandai betul teknik marketing dato vida…wlpn kdg2 rasa poyo pun ade jgk tgk iklan dia melambak2 tapi teknik yg berhasil dia jadi jutawan..
produk pertama pamoga mmg adik ciktom ade makan dh lebih 3 thun kot..alhamdulillah mmg berkesan dgn pyakit adik tapi dgn izinNYA jugaklah kan…adik masih makan smpi skang
siti hazreen says
saya kagum dengan dato’ vida nih…semangat tinggi! tak sabar nak tengok stadium kelantan warna pink!
si bongkok says
Aha…dah sign mou ngan KAFA makin kuat bunyinya plak…KAFA bagi kaler pink jersey THIRD KIT punya marah DSV…. π BELUM start LIGA lagi…kalo dah start silap2 kalo KALAH manjang jek mau kena sumbat player2 dengan pamoga tue nanti… hmmmm
Kalo dah semua nak ikut meh ramai2 buat petisyen suruh dier BELI JEK laa KAFA tue….pastue nak budak milo pakai baju pink ker, tiang bendera empat penjuru nak kaler pink ker, kalo boleh dengan jaring gol tue pon bagi sekali kaler PINK….
Pastue pakat2 plak mintak dier BELI skali ASTRO dengan MEDIA PRIMA skali….alaa duit kan banyak apa laa sgt kan….memang nak sangat selamatkan BOLASEPAK MALAYSIA kan…pegi beli skali dengan FAM tue…kaler rimau tue tukar kaler PINK…senang kata…..qu puteh – baru semua skali putih PINK nya! Confirm ingat bola ingat quputeh punya laa.
Ini macam meniaga dah tak ingat akhirat apa…. malu saya…saya nie pon niaga gak…kecil-kecilan laa…tapi ada fikir gak pasal keuntungan…tapi dalam fikir untung TAK SEBERAPA tue, fikir gak laa akhirat… hmmmm
pinjam ayat kawan ayah saya : “DIER FIKIR DIER PUNYA GARANG JEKKK…” π